Assalammualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah
diberi peluang Mira untuk kali ini memberi sedikit tip-tip yang Mira
ada untuk dikongsikan kepada yang lain dan berharap ia dapat membantu
yang lain Insha allah (wau-wau..ayat aku tuuu..hahah)
SENTIASA CHECK BERAT BLOG
Ini
sangat penting ye,rugi kalau edit blog cantik-cantik bagai nak rak tapi
berat,tak guna ye..ini membuatkan pembaca malas nak tunggu
lama,lagi-lagi kalau internet pembaca tu tengah slow.Check berat blog
korang di sini >http://www.iwebtool.com/speed_test
. kalau dia tulis size tu 100+ dan keatas..korang kena cepat-cepat
ringankan blog korang.Search google kalau nak tahu caranya.:)
GUNA TEMPLATE BIASA
kepada
sesetengah pihak yang malas nak edit blog dan secara mudah nak
cantik,dia akan pergi ke classic templete/blogskin.Bagi Mira,tak perlu
kot nak pergi sejauh tu lagi.belajar yang asas dulu,kalau dah pandai
mengenai kod-kod lain cerita lar kan.sebab penggunaan blogskin ini lebih
sukar daripada template biasa.
LAGU
banyak
blogger yang menyatakan tak perlu meletakkan lagu di blog,bagi Mira nak
letak tu terpulang tetapi kena pas aspek ini dulu 1.Blog ringan
2.melodi yang slow 3.Yang ada button pause dan play. ada ciri-ciri ini
baru boleh..kalau tak,blog korang jarang di kunjugi.
WIDGET
Tak perlu nak letak bermacam-macam widget. Nak terapung kiri dan kanan.
Sampai melindung entry dan juga shout box. Widget adalah satu faktor
yang menyebabkan blog menjadi berat. Kalau korang nak pasang jugak biarlah
time traffic korang dah stabil dan tidak memberatkan blog.
SIDEBAR
Gunalah
satu sidebar sahaja seperti Mira ini kerana ia akan memudahkan pembaca
untuk melihat blog korang tidak kira di sebelah kiri mahupun kanan.
SCROLL BAR
scroll
bar adalah seperti di dalam petak merah itu ok..ia akan membantu
memperkemaskan blog korang dan nampak teratur.Korang boleh cari Tuto
untuk buat scroll bar ini di sini > http://www.lyssasecret.com/p/tutorial.html
MENU TAB
contoh
menu tab seperti gambar diatas,tetapi bermacam-macam jenis menutab yang
ada sekarang,antara sesuai dengan tidak saja dengan blog korang.menutab
kegunaannya seperi meletak satu entry dimana entry-entry lain dikumpul
sekali contohnya tip-tip,nasihat dll.ini membantu trafik blog korang
meningkat ini kerana pembaca tidak perlu geledah entry-entry korang yang
lepas.Insha allah
Sampai disini sahaja entry untuk kali ini..nantikan tip-tip yang akan datang dari Mira..Insha allah..:)
2 000 Pengomen Setia :
Terimakasih. Sangat bermanfaat ^_^
thanks dear
Catat Ulasan