STATUS UPDATED!
23/06/2019 NEW LIFE NEW ADVENTURE NEW THINGS TO COME...
- Amirah Azman -

Hukum Nikah Gantung - UAI


Assalammualaikum dan salam sejahtera

Hukum Nikah Gantung

  • Nikah Gantung dalam bahasa arab disebut " NIKAH KHITBAH " dan hukumnya HARUS .
  • Nikah Gantung bermaksud pernikahan diantara pasangan pengantin yang tidak duduk serumah dalam satu - satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua - dua belah pihak . Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.
  • Nikah Gantung juga mengadakan “ Majlis Akad Nikah “ yang harus mereka ikuti sebagaimana perkahwinan biasa dilakukan .
  • Syarat SAH Nikah di dalam rukun – rukun perkahwinan seperti suami , isteri , wali , saksi , dan akad (Ijab Kabul) dan juga mas kahwin perlu ada untuk syarat sah nikah .
  • Nikah Gantung menangguhkan “ Majlis Kenduri Kahwin (WalimatulUrus) “ dan penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut kadang – kadang menjangkau bertahun – tahun lamanya .


Sebab – Sebab Biasa NIKAH GANTUNG dilakukan

l ) Suami masih belum mampu menyara sepenuhnya kos sara hidup isteri seperti SEWA RUMAH , PAKAIAN dan sebagainya .
ll) Pasangan yang masih lagi Belajar dan Menuntut .
lll) Belum bersedia memberi Komitmen sepenuhnya didalam menunaikan tanggungjawab berumah tangga .

Setelah majlis Akad Nikah berlangsung , kedua – dua pasangan harus tinggal berasingan sehingga benar – benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai Suami Isteri . Pada kebiasaan pasangan ini akan tinggal di rumah ibu bapa masing – masing.



Tujuan utama “ Nikah Gantung “ ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya Perzinaan dan Lahirnya Anak Luar Nikah . Setelah kedua – dua pasangan ini melalui nikah gantung , mereka boleh bertemu , berdating dan bermesra . Malah jika melakukan sek pun sehingga melahirkan anak ia tidak salah dan tidak haram . Anak yang mereka melahirkan itu adalah “ SAH “hukumnya .

Walaupun mereka Nikah Gantung , mereka adalah pasangan suami isteri yang SAH di sisi Agama Islam dan undang – undang Kerajaan Malaysia .
Wallahua’lam . 





credit : kakak saya :)

Kanak-kanak ??


Assalammualaikum..
just nak sharing tentang dua video ni yang cerita tentang budak2
agak menarik hati mira lagi-lagi loghat dia penang..mira pon lebih kurang cakap macam tu la ye..orang dekat2 penang.. :) enjoyy.. :)


sambungan..

TAHUN baru , KELAS baru , SUBJEK baru


Assalammualaikum dan salam sejahtera

alhamdulillah kita dah masuk tahun baru dah berapa hari lepas,rasanya tak terlambat lagi nak ucap SELAMAT TAHUN BARU kan..hihi..lama tak updated..alhamdulillah setelah dapat result PMR tempoh hari..berpuas hati la juga walaupun tak dapat 8A kan..Mira bersyukur :)

tahun baru , so kelas mestilah baru, temph hari dalam minggu lepas ada orientasi untuk tingkatan 4,selama 2 hari je,dengan kelayakan yang anda,mira boleh pilih antara kelas SAINS TULEN atau kelas AKAUN, Mira pilih kelas AKAUN la semestinya

sebelum ni memang dah ama dah aim nak masuk kelas akaun,first fikir tak nak masuk sebab tak ada kawan yang nak masuk sekali,tapi adalah kawan seorang ni nasihat baik kau masuk bidang yang kau minat..last-last dia pun ikut masuk sebab dia berminat..alhamdulillah,ramai kawan walaupun dalam kelas tu just 22orang sahaja..haha..okey lah tu kan.. :)


Mira pilih Akaun pon sebab time tingkatan 3 mira dah belajar sikit la,sikit ok tentang akaun2 ni sebab Kemahiran Hidup mira ambil Perniagaan & Perdagangan ..so ada la belajar tentang akaun-akaun ni kan..lagipon Mira minat tentang kira-kira ni..minat Math la jugak kan..haha..dan mira tak mintak SAINS TULEN pon sebab subjek dia agak mencabar la bagi Mira,BIO,FIZIK,KIMIA..oh anatar benda yang mira agak lemah sejujurnya..

Sains Tulen adalah kelas pertama,walaupun mira layak mira tak minat so tak leh nak paksa kan,so Mira masuk kelas ke-2 je..Kelas Akaun,Subjek Baru la bagi mira mestilah SUBJEK AKAUN,EKONOMI ASAS dan ADD MATH..first day dah belajar,tapi math je la..yang lain-lain just cikgu bagitahu format-format dan pengenalan tentang tingkatan 4,sebab format peperiksaan lain kan..

rasanya sampai sini sahaja kot nak cerita..baru kali pertama rasanaya tulis karangan ni kat blog,,hihi..apa-apa pun masih tak percaya dah umur 16 tahun dah..dah boleh nikah ye idok..main-main je..hihi..perangai masih budak-budak..so sekarang kena ubah perangai dan lebih fokus harapnya..

apa-apa pun maaf kalau mira ada terkasar bahasa,tersilap cakap sedar dan tak sedar ya..semoga tahun baru ini dapat memperbaiki diri kita yang lebih baik insya allah :)



Frozen: Full Video


Assalammualaikum dan salam sejahtera
Filem Frozen: Anna & Permaisuri Salji mengisahkan seorang puteri yang berani dalam sebuah perjalanan epik bersama-sama seorang lelaki gunung yang lasak, rusa peliharaan yang setia dan orang salji untuk mencari kakaknya yang mempunyai kuasa ais, dan menyebabkan kerajaannya berada dalam keadaan musim sejuk abadi.