STATUS UPDATED!
23/06/2019 NEW LIFE NEW ADVENTURE NEW THINGS TO COME...
- Amirah Azman -

doodle : lelaki style

harini kasi doodle nie lak..
okey tak..okey tak..
okey law tu..
ambik tu jangan lupa gtwu taw,,
cyunk korang..hihihx



credit by : abang ohsemm

Blog dalam pemprosesan !!



hai semua..seperti yang anda lihat ditajuk tu..
blog miera sekarang nie dalam pemprosesan nak edit2 cikit gitu..
cewahh...miera dapat free edit oleh CIK FIE

HA..sebelum tu..mari lar korang join GA cik fie...
ada banyak hadiah untuk dimenangi..
korang just tekan nama cik fie kat atas tu..
dan tahu lar apa yang patut dibuat oleh korang..
cepat-cepat..jangan lepaskan peluang yang ada okey..

sambung balik...miera nak mintak maaf kalau sekarang nie blog miera kosong jew..
maklumlahkan tengah edit2..mesty macam tu..
tapi button follow tak hilang..kalu tak..susah lar korang nak follow miera kan
(macam popular sangat..hahahakkk)

okey...sebelum menutup tirai..
miera nak ajak sesiapa yang baca entry ini untuk join sekali GA miera okey..
banyak hadiah jugak untuk dimenangi..
hope korang sudi okey...



doodle lelaki duduk


hai semua..miera harinie entah nak tulis apa..
so..miera nak tunjukkan hasil karya lukisan encik hafizzi
doodle-doodle dia semuanya ohsem2..
tanpa membuang masa..
miera tunjukkan ek antara doodle nye itu..:)






okey done..macam mana..:)

Adakah awak sukakan saya??

hai,hai.hai korang...harinie miera bosan tak tahuu nak post tentang apa
okey..harinie miera nak share sikit tentang tanda-tanda laki suka kat korang(perempuan)
adakah ini ada dekat ciri-ciri anda (lelaki)..hihix..
waduh...waduh..apa lar miera merepek-meraban nie...
okey-okey..,.korang tengok ar ek..miera pun ambik kat mr GOOGLE jew pun..:)
hope korang enjoy okey..



(1) Mereka senyum kepada anda. (terlalu banyak senyuman yang diberikan)
(2) Mereka gelak dengan lawak jenaka anda. (walaupun lawak yang anda sampaikan sebenarnya tidak lawak)
(3) Mereka pertahankan anda daripada orang lain.
(4) Mereka bertanyakan soalan mengenai kehidupan anda.
(5) Mereka merenung anda secara sembunyi.
(6) Mereka akan gagap apabila bercakap berhadapan dengan anda.
(7) Mereka gemar untuk menyebut nama anda.
(8) Mereka memanggil anda dengan nama gelaran yang manja.
(9) Mereka akan mengajak anda keluar.
(10) Mereka akan menelefon atau mesej anda setiap hari.
(11) Mereka akan berperwatakan lebih matang dan menghormati orang lain apabila anda berada dihadapan mereka.
(12) Mereka akan memuji penampilan anda.
(13) Apabila mereka berusaha melakukan lawak jenaka, reaksi anda adalah yang pertama mereka akan lihat.
(14) Mereka sentiasa berusaha untuk bersama dengan anda seperti didalam kumpulan, kelas atau sebagainya.
(15) Mereka bertanyakan rakan anda soalan mengenai diri anda.
(16) Mereka bertanyakan pandangan anda mengenai lelaki lain.
(17) Mereka meminta nasihat anda mengenai wanita lain.
(18) Mereka mengingati semua perkara mengenai diri anda.
(19) Mereka berjenaka untuk mengetahui status diri anda yang sebenar.
  • okey done.....macam mana,,??..hihihx..

susah jugak nak cari sponsor ek..

hai para-para blogger sekalian..
miera  sekarang dalam proses nak buat GA ..tapi..
miera perlukan sponsor..
miera baru ja dapat beberapa sponsor..
miera harap nak penuhkan 10 sponsor..
tapi tak dapat lagi lar....GA pun dah nk dekat nie..
harap-harap sempat lar dapat sponsornya tu..
tapi kalau tak...nak wat mcm mana kan..
terpaksa teruskan juga..
miera insyaallah buat GA tu time cutu 2 miinggu nie..
dan tempoh GA tu maybe 1 bulan..
kepada yang tetiba nak sponsor mira tu..tekan bawah nie tau..

Cara untuk menghafal dengan berkesan

hai korang..malam-malam nie jugak lar nak kasi tip..
hihix,,,bukan apa..esok miera periksa..
nak kongsi lar cara-cara nye...hope korang enjoy..:)

  • Hafal dan faham. Pemahaman sesuatu perkara adalah asas paling penting dalam proses belajar. Tiada gunanya menghafal walau seribu formula jika satu pun tidak faham. Kesan buruknya tidak tahu formula mana perlu digunakan untuk sesuatu masalah [blur lah jawabnya masa exam nanti]. Asas pemahaman boleh dibentuk dalam kelas bersama guru dan juga rakan-rakan yang lebih pintar.
  • Menghafal dan melakukan apa yang dihafal. Dalam erti kata yang lain melakukan ulangkaji. Contoh paling mudah adalah formula Matematik. Umum mengetahui formula Matematik memang susah diingati tetapi apabila menghafal dan kerap melakukan latih tubi, pasti dengan mudah dapat menguasai formula tersebut. Sebab tuh, orang yang rajin, walaupun otak dia lembab tapi sebab dia gigih, akhirnya dia beroleh kejayaan.
  • Hafal dan tulis. Untuk mengingati semua perkara mungkin mustahil tetapi untuk membaca semua perkara memang tidak mustahil. Jadi, tulis setiap formula, setiap fakta pada buku. Kemudian baca dan baca setiap masa. Kalau iktukan pengalaman aku, buat nota ringkas dan buat point-point yang penting sahaja. Yang dalam huraian tuh , boleh goreng nanti masa exam. Kena ingat kunci point utama jer. Kalau nak buat nota tuh, kasi cantik-cantik dan berwarna-warni. Baru otak tuh ada feel dan ada mood untuk menghafal, ok!
  • Menghafal dalam keadaan tenang. Maksudnya dalam minda yang segar tanpa keletihan atau tekanan. Contohnya, selepas bangun tidur waktu pagi, ketika sedang berehat di ruang tamu dan ketika sedang beristirehat di bawah pokok. Menghafal dalam keadaan yang tenang dapat meningkatkan fokus dan juga pemahaman sesuatu perkara. Cuba, kalau kita nak menghafal dalam keadaan yang lapar, fuh tak fokus dibuatnya. Ingat, nasi lemak, kopi O dan mungkin KFC.
  • Menghafal dan suka perkara yang dihafal. Tak kenal maka tak cinta. Sama juga halnya dengan menghafal. Perlu ada minat dan sifat suka pada perkara yang dihafal barulah tidak cepat berasa bosan. Apabila minat datang, maka lebih mudah perkara yang dihafal diserap ke minda.


Review Follower ke 200 !!


hai korang..alhamdulillah...
follower miera dah mencecah 202...
miera berterima kasih kepada para follower semua yang sudi follow miera
miera nak wat review pada follower yang bertuah iaitu  akak Qistina
iaitu follower miera yang ke 200
mari-mari tekan header bawah nie tau...

Photobucket


amacam...chumel kan header dia...tak lagi tuannye..hihix..
blog akak qistina banyak mengandungi tuto2 yang bermanfaat
so sesiapa yang nak hias-hias blog tu..boleh lar cari dekat blog akak qistina..
blognye yang soft-soft pink gitu menarik minat mira..
okey done..hope korang enjoy..
wasalam...:)

Doodle pertama yang ??


hai korang...miera ada cuba buat satu doodle nie..
miera bosan sebenarnya..
sebab tu mira buat ja..
 korang tengok ar sendiri mcm mana rupa doodle mira tu..

first time membuat doodle..nie lar hasilnya..
doodle pertama yang agak ___(isikan)
miera tahu tak secantik/secomel korang buat..
tapi tak pe..
miera dah cuba..korang kasi komen ek..
macam mana pendapat korang...ikhlas tau...tak nak tipu-tipu..hihihx..:)

sakit !!



hai korang...miera baru arini nak happy-happy..
tapi..tetiba lak sakitnye...
sakit selesema gan pening pala lak tu..
tapi okey agiw kot..
harap-harap kat sekolah satgi tak lar melaratnya..
periksa minggu depan..dengan sketsa hari guru lagi..
memang pening ar jugak nak memikirnya..
btw...cikgu kata kena bahagikan masa..
tapi...miera macam tak ja..
insya allah miera akan praktikkan sntiasa...
okey lar...miera pun tak tahu dah nak post apa..
harap korang semua sihat-sihat je taw...salam... :(

doodle II : couple pic

hai semua..harinie miera tak tahu nak post apa..
jadi miera kasi doodle lar kat korang..
bukan miera buat okey...
nak ambik...kasi komen taw..thanq.. :)




eh..eh..eh..tetiba lak 3 gambar lain..miera letak jew..janji doodle couple kan..hihx..



terima kasih banyak-banyak Hanis !


hai korang semua..
miera harinie juat nak berterima kasih banyak-banyak kepada hanis..
kerana telah buat header yang cantik untuk miera
giler ohsemmm arrr header hanis buat...
terpegun miera tengok..

sapa-sapa tak follow agiw..
mintak-minta lar follow hanis okey..




Header untuk Akak Hani Aznirini


hai..hai semua pembaca belog..
harini miera nak kasi header buat kak hani kita..
hope akak suka lar..

ini dia headernya...:)
miera buat jew apa yang akak mahukan..
dan kalau ada apa-apa yang tak kena or salah..
gitawu saja kat miera okey..






Pagi khamis yang dingin


dari pagi tadi hujan je kan..
tapi korang jangan lar kata yang macam-macam..
hujan tu adalah satu Rahmat ALLAH..
okey-okey..tanpa membuang masa..
miera nak tunjuk kenapa hujan itu Rahmat

1. Ia menyuburkan muka bumi
Bagi mereka yang bekerja sebagai petani atau pekebun atau mana-mana pekerjaan yang memerlukan tanah yang subur, hujan sangat membantu dalam pekerjaan mereka. Dan seperti yang kita tahu, sayur-sayuran dan buah-buahan sangat penting dalam mengorak langkah kepada hidup yang lebih sihat. Jadi, untuk hidup sihat, kita memerlukan sayur-sayuran dan buah-buahan. Untuk tanam sayur-sayuran dan buah-buahan, kita memerlukan tanah yang subur. Untuk mendapat tanah yang subur, kita memerlukan air, yakni hujan.

2.  Ia sumber air bersih
Seperti yang kita sedia maklum, hujan merupakan salah satu sumber air bersih. Dan sesetengah penduduk dunia sangat bergantung kepada hujan untuk sumber air, termasuklah di Malaysia. Ini berlaku apabila mereka tiada loji penapisan air di kawasan tersebut, ataupun perkhidmatan bekalan air bersih tidak sampai ke kawasan mereka. Oleh itu, hujan adalah sumber air utama bagi mereka, untuk minum, mandi ataupun untuk memasak. Air hujan juga berguna untuk pelaut ataupun nelayan yang sudah kehabisan air minuman. Mereka boleh bergantung kepada air hujan untuk minum, kerana air laut sudah semestinya sangat masin.

3. Ianya sebagai peringatan
Tidak dapat dinafikan, hujan juga membawa bencana, seperti banjir di Kedah dan Perlis pada penghujung tahun lepas. Tetapi, bencana yang datang, bukan hanya membuat duka semata-mata. Ianya membawa mesej seribu makna. Dan kita manusia biasa, dapatkan kita membuka mata dan membaca? Jika tidak, mari saya terangkan. Bila berlakunya banjir, ianya menunjukkan bahawa terdapatnya masalah di tempat tersebut. Mungkin kawasan tersebut rendah dan mudah banjir. Mungkin juga disebabkan oleh sistem perparitan yang tidak teratur dan masalah sampah yang berleluasa. Maka, di sini, dapat kita lihat, berlakunya banjir, ianya bukan salahnya hujan, tetapi kita sendiri. Yang tidak pandai melaksanakan pembangunan. Yang tidak ambil endah tentang kelancaran sistem perparitan.

Jadi, Ingat!!! Jangan ambil mudah tentang hujan. Kerana kita tidak tahu dan tidak pasti akan kemunculan semula nikmat hujan. Dan apabila berlakunya kemarau yang panjang kelak, di saat itulah baru kita hendak menghargai hujan. Betapa pentingnya hujan pembawa rahmat. Betapa pentingnya nikmat tuhan yang dinamakan hujan.