STATUS UPDATED!
23/06/2019 NEW LIFE NEW ADVENTURE NEW THINGS TO COME...
- Amirah Azman -

TROWBACK : Coral Speaking


Assalammualaikum dan salam sejahtera

AUTOPUBLISH ENTRY

Disebabkan ini autopublish entry..so mesti sekarang Mira sedang dalam perjalanan ke Shah Alam untuk pergi ke UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (UKCG) di Kuala Lumpur..agak terkejut sebab jauh sangat..Mira tinggal di utara..so faham je la kan..apa-apa pon syukur alhamdulillah..itu baru ujian..belum temuduga,,so doakan Mira lulus untuk ujian ini ya..aminnnn.. :)

Berbalik kepada tajuk hari ni..Mira nak share sikit time menyertai Coral Speaking di sekolah tahun 2014...tahun ni..Mira baru tingkatan 4..so memang tak kacau la sangat dengan SPM kan..memang mula-mula join semua jenis tak reti sebut perkataan tu dengan betul,,sampailah semimggu sebelum bertanding,,Teacher pon dah macam putus asa..tapi dengan semangat yang ada..Alhamdulillah..buat pertama kali..kami mendapat tempat kedua,,,time tu memang terkejut sebab apa..sekolah Mira hanya sekolah kampung nak dibandingkan sekolah yang lain yg tinggal di bandar..so rasa bangga la sikit di situ..ecehhh..



tak boleh nak share video sebab video tu ada problem dengan blog..so maaf la yea...tajuk coral speaking untuk tahun ni ialah FACEBOOK..

disebabkan dah tak berapa ada idea nak menulis..Mira akhiri dengan Assalammualaikum.. :)




TROWBACK : Student Leadership Camp


Assalammualaikum dan salam sejahtera

disebabkan semenjak dua tahun ni tak updated blog ni kan..so kali ni nak semakkan entry blog dengan cerita 2 tahun lepas lah...saja nak trowback balik kenangan lama..rindu kot..so untuk kali ni..dimulakan dengan Student Leadership Camp yang dianjurkan oleh ACCENTURE & TEACH FOR MALAYSIA..yeahhh..tepuk tangan sikit...

Disebabkan kem ini agak lama so ia dilakukan selama 3 hari yang berlainan bulan..start dari bulan 4 kot setahu Mira..last sekali bulan 8..lepas Raya..memang jarak antara satu-satu tuh lama la,lagi-lagi stop sekejap untuk puasa n raya,,boleh diakatakan,,sekolah Mira antara sekolah yang jauh dari tempat perjumpaan tu selain sekolah KAMUNTING .. sebab ambil masa hampir 2 jam..pergh,,lama kot duduk dalam bas..setaip bas ada 3 sekolah yang berlainan..


yang paling best,,setiap kali perjumpaan,,mesti tempat yang berlainan..haha..yang paling best ialah tempat last sekali di hotel yang boleh dikatakan hotel lima bintang larh...perghhh..dah la time makan tuh..diorang lepaskan ja nak makan apa..tak kisah berapa lama..so apa lagi,,so mulalah sesi makan tanpa henti padahal lepas tu nak kena buat presentation..hahaha..


Sejujurnya..seronok dapat jumpa kawan baru..belajar benda baru tentang kepimpinan ni..sebab setiap tahun hanya sekolah n pelajar yang terpilih sahaja yang dapat pergi..so sapa tak seronok kan..diberikan masa yang lama untuk siapkan tugasan yang diberikan sebab untuk sekolah sendiri..bukan calang-calang hadiah dia,,dah la semua benda free dapat..lepastuh ada reward pulak kot..

  • Tempat Pertama RM 1,500
  • Tempat Kedua RM 1,300
  • Tempat Ketiga RM 1,000


So siapa tak nak kan..tapi bukan untuk diri sendiri ok..tapi untuk memperbaiki sekolah tu or tempat yang pelajar mahukan agar penggunaan bahasa Inggeris ini dapat diperbaiki dari masa ke masa..Alhamdulillah...setelah bertungkus lumus menyiapkan tugasan yang hanya dilakukan seminggu sebab kami memang suka buat last minit..haha..n terpaksa tukar projek sebab Sir terpaksa sambung belajar di UK..ni part paling sedih..sebab time ni la kami mula rapat,mesra dengan cikgu yang sporting ,,bertengkar semua lahh,..layanan dia dengan kami pon macam kawan-kawan ja..tu yang best..

Habis part sedih diatas...haaa!! alhamdulillah,,kami dapat tempat Ketiga..jeng..jeng..jenggg!!



Mira habiskan entry kali ni dengan payung beberapa gambar kenangan lama kami semua bersuka ria, menangis berkongsi kisah , menuntut ilmu bersama , mengejar cita-cita , memperbaiki diri untuk negara tercinta..Terima kasih diucapkan..sob..sobb (menangis)



Tukar Tema Blog


Assalammualaikum dan salam sejahtera

Sebenarnya Mira dah lama tukar template ni dari 2 haribulan 4 haritu lagi..so sekarang baru rajin nak updated entry ni..entah la kenapa malas sangat tak tahu la..hahaha..niat tu kalau boleh tiap hari nak upated tentang trowback sepanjang 2 tahun lepas..tapi malas..chit chat chit chat..meh sini nak tunjuk design blog Mira yg telah berbakti selama 2 tahun nih..hehe :)


so untuk tema kali ni..Mira main hentam campur-campur rojak semua dengan design yg ada sebelum ini..nak buat yang ringkas je sekarang ni..tak tahu la ringkas ke tak..haha..janji senang orang nak baca kan..ok lah,,,sampai disini nampaknya nak tulis..nanti rajin tulis lagi blog,,see you soon.. :)