STATUS UPDATED!
23/06/2019 NEW LIFE NEW ADVENTURE NEW THINGS TO COME...
- Amirah Azman -

Thank You 2018, Next


Assalammualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah masih lagi bernafas buat hari terakhir 2018 ni..acewahhh gituhhh ayat permulaan, a lot of things happen back then in 2018, suka dan duka, pertemuan dan perpisahan memang tak boleh dipisahkan la kan, umur pon dah nak masuk 21 dah tahun depan, tua dah aku rupanya..ish ish ish, so in 2018 dimulakan dengan final exam part3 dan diakhiri dengan final exam part5 ( sem akhir diploma) fuhhhh syahduhhh bila terkenangkan last sem untuk diploma ni. 😢

Sekadar gambar ringkas masa sem4 2018

Permulaan part4 atau sem4 diploma kalini bagi aku agak mencabar, nak stabilkan emosi dan keadaaan baru setelah kejadian HITAM berlaku, actually it just a breakup with my ex tapi sebab hubungan dah hampir 6 tahun tu, macam ralat sikit tapi alhamdulillah i have support from family and friends, such a lot of support actually, aku tak da la nak meratap sangat sebab aku yg buat keputusan tu tapi keluarga dan kawan tu memang sangat tolong aku untuk move forward dan bagi kata semangat semua tu, such a blessing to have them dan aku tahu siapa yang ada dengan aku bila aku perlukan, yes my family first tu tak nafikan, dah tak tahu nak cakap rasa bersyukur sangat tu, semoga Syurga buatmu. amin ya rabb.

Dan selepas kejadian tu, 24/03/2018 lahirnya seorang insan bernama Muhammad Yussuf Mikhaeel bin Muhammad Faizzudeen, iaitu anak menakan sulung dan merangkap lelaki kedua selepas ayah aku dalam family ni (yang darah daging) . fuhh dia punya perasaan tu seronok ya amat sebab baru ada lelaki dalam family aku ni selain ayah aku , ye la sebab aku adik beradik semuanya perempuan, dan dengan kehadiran Yussuf ni juga dapat la memenuhi kesunyian aku ni jugak..hihi, meh sikit nak belanja gambar kecomelan si Yussuf ni..ha btw dia dah berumur 9 bulan dah sekarang 😉😜


Hujung sem aku ada la travel and start buat benda yang aku tak pernah buat, satu kepuasaan sebenarnya bila dapat buat benda yang kita lama dah teringin buat. So start hujung sem 4 dan sekarang ni aku ada la sikit demi sedikit keluar dari tempat aku ni..yes selama ni aku just terperuk dekat rumah n Tapah. Keaktifan aku ni dibawa la sampai ke sem 5. 

Sambung cerita untuk Sem5, yes macam aku ada cakap tadi kerajinan n keaktifan aku tu bersambungla sampai sem5 dan sekarang pun, tak aktif mana tapi ada la muka tu dekat event tu dari takda macam sebelum ni. Untuk Sem5 ni aku ada lebih semangat dan kebebasan tu untuk cuba benda yang lama dah aku teringin buat, bukan nak cakap terkonkong dulu tu, tapi sebab nak jaga hati orang tu tapi aku masih belum terlambat. fuhhhh 🤣

Sekadar gambar ringkas masa sem5 2018

Dimulakan dengan tolong junior sem1 untuk perbarisan FAMA sempena sambutan kemerdekaan, aku sendiri yang rela hati nak tolong sebab ada juga member dari bekas exco dulu yang sama sem ajak, kalau siapa yang ada pernah baca blog aku sebelum ni, memang tahu aku memang 3 tahun berturut masuk perbarisan utk rumah sukan sekolah dulu, memang kena la dengan minat kalini, walaupun tolong sikit-sikit tapi okay la kan permulaan untuk sem5.

Diteruskan cerita dengan acara wajib kelab Actuary tu sendiri iaitu Talent Night dan Rumah Sukan (sebelum ni buat induction yg hanya melibatkan sem1) , dua acara ni berjalan 2 hari berturut tau, mula dengan Talent night malam jumaat dan esoknya pagi sabtu acara rumah sukan, dan seperti biasa aku mestilah melibatkan diri kan, ha ya untuk sem 5 ni kami sekelas dapat member baharu iaitu Azzam dan Amri dari kelas C, tapi yg sedihnya my partner Nisa terpaksa ke kelas C, sebab terlewat daftar 😢. Bagi aku dengan acara macam ni barulah keakraban kelas tu macam wujud la walaupun memang dah rapat pun, tapi dia punya sibuk tu jangan cakap la, praktis untuk talent night start lepas maghrib sampai la pagi tu, banyak drama tu jangan cakap la.

Talent night ni aku banyak tolong member ja gerakkan persembahan ni, tapi untuk Acara rumah sukan aku jadi AJK Hiasan guysss, hahaha dah lama tak keluarkan bakat menghias ni setelah diperam begitu lamanya selepas tamat sekolah menegah dulu, korang carilah gambar dekat atas tu aku ada selitkan hiasan khemah tu, tak dapat tunjuk full, sebab buzy sangat (budak paling excited time tu). Nasib baik untuk hiasan ni ajk dari junior paling banyak tolong. Kepenatan dua hari berturut ni tak sia-sia, kami menang untuk kategori sem5 persembahan malam Talent Night tu dan Johan bagi rumah Sukan, fuhh dia punya happy tu jangan cakap la..dua kemenangan kot, such a great memories untuk sem terakhir ni. 

Keaktifan terbesar aku sepanjang Diploma ni ialah aku dilantik sebagai Timbalan Project Manager(TPM) untuk event Malam Pragaduan Fakulti FSKM (MPG), FUHHHHHH besar tu FSKM, satu fakulti weyh, aku ni dah la tak pernah pegang jawatan apa-apa untuk kelab apatah lagi ketua kelas ke apa sepanjang diploma ni, tu la terperuk sangat kan dulu, tapi dengan bantuan kawan yg tak pernah jemu beri nasihat itu dan ini dan tak dilupakan juga dengan beribu bantuan dari Penasihat MPG ini sendiri iaitu Sir Azam dapat menjayakan event ni dengan jayanya. Mengenai Event ni aku akan updated next post sebab banyak benda nak diceritakan, sambung sini nanti lagi panjang, ini pun dah panjang ni..hahaha

(gambar google)

Akhir kata sebab aku rasa dah banyak sangat berkata-kata dekat atas ni, Azam tahun baharu ni akan mahukan semuanya akan lebih baik dari tahun ni InsyaAllah, hubungan yang dah terjalin terutama kawan-kawan sepanjang Diploma ni jangan diputuskan walaupon aku tak sambung Degree sama dengan yang lain tu, tapi tak apa kita tetap tak akan putuskan hubungan ni..gituhhh, aku pun lepas habis Final Exam ni nak start cari kerja achieve goals apa yang aku nak, cari pengalaman kumpul duit travel more and more and nak jumpa lebih ramai manusia dan perangai/gelagat dekat luar sana tu. Dan tak dilupakan juga nak design blog ni kewajah yang baru, fuh dah lama tak design blog ni, bersawang tu jangan cakap la, diharapkan sempat untuk aku buat sebelum dapat kerja nanti.

Ha sebelum terlupa, aku akan updated kisah yang dah lama aku simpan termasuk kisah dekat atas ni dengan lebih mendalam.hahaha, biar la tak sunyi blog ni lagi. 

Selamat Menyambut Tahun Baharu 2019 semua pembaca dan diharapkan semua dikurniakan kesihatan dan dapat penuhkan azam tahun baharu ni..Amin ya rabb,,sama- sama kita aminkan.
Assalammualaikum.😍😎😃

Preloved Komik murah murahhhh !


Assalammualaikum dan salam sejahtera



kepada peminat komik Mira dan adik ada jual komik terpakai yang banyak gila untuk dibeli oleh anda semua..harga semua murah-murah lagi banyak beli lagi jimat tau..pelbagai jenis komik yang dijual antaranya versi cinta,seram , lawak mahupun versi pendidikan..


untuk maklumat lanjut boleh terus google instagram 
untuk sebarang maklumat lanjut dan detail mengenai komik yang anda inginkan..condition komik ni semua tiptop sebab dijaga dengan baik..peminat komik kan..mesti jaga elok-elok..tapi sekarang tiada masa dah nak baca sebab adik ada hobi baru n Mira sibuk dengan study..kami jual harga kasih sayang  sahaja..jangan lepaskan peluang anda okay..cepat-cepat follow ig kami.. :)













Pelajar UITM TAPAH Dianiaya oleh penyewa rumah !


Assalammualaikum dan salam sejahtera


Bermula sem lepas semasa sem3 Mira dan senasib dengan Mira terpaksa mencari ruma sewa diluar disebabkan kekurangan kolej sebab ramai kemasukan masa sem3 termasuk dengan kemasukan pelajar degree..so Alhamdulillah selama sem3 ni Mira duduk diluar semuanya baik-baik belaka la jadinya walaupun ada masalah dengan pengangkutan tapi lama-lama kadi kebiasaan la macam mana nak handle apa semua..

Lain pula cerita kepada pelajar UiTM Tapah yang senasib dengan Mira yg terpaksa menyewa yang teraniaya oleh penyewa..macam-macam yang terjadi lagi sebenarnya tetapi ini kes yang paling teruk la..nasib baik one of the lecterur tempat Mira sudi bantu mereka ni..kalau tak..diam membisu je la mereka kena aniaya..yang nak tahu lebih lanjut boleh ke link di bawah ya


Biasa la duduk di rumah sewa ni kan..macam-macam masalah yang kena hadap..dengan bayaran bulan-bulan pula mahal dan tak berpatutan..ada juga yang kena berhimpit sampai 20 orang satu rumah..wah..tak sanggup..memang orang cakap student life biasa la tuh apa semua..tapi kalau kediaman pun tak selesa..macam mana nak survice dengan baik kan..ye la..tak kan nak belajar memanjang dekat Universiti..study dekat library je kan..so untuk peringatan Mira juga berhati-hati ya..ada masalah dengan penyewa ke apa utk pelajar yang tinggal luar..boleh laporkan kepada pihak JPNR (Jawatankuasa Pelajar Non-Resident) untuk sebarang bantuan..ramai tak alert sebenarnya ada yang dapat membantu kita yang pelajar ni..

okay demikian saja entry kali ni..Assalammualaikum


Dinner Actuary Part1


Assalammualaikum dan salam sejahtera

Untuk entry kali ni just nak share sikit gambar time part1 sebagai student actuary sikit..walaupon sekarang dah part3 dan baru lepas dinner yang kedua pulak..tak pa..kita trowback sikit yang part1 punya dulu..nanti ada masa lain hari Insya Allah Mira updated lain pulak..

Untuk Sem 1 time aku..Dinner bertemakan Hawaii..last minit punya baju yang disponsor 100% oleh roomate,,haha..nasib roomate baik dan tak kisah dannnn tinggi lebih kurang walaupon Mira tinggi sikit..haha..sory ika..okay..nampak muka-muka part 1 tu..haha..enjoy