STATUS UPDATED!
23/06/2019 NEW LIFE NEW ADVENTURE NEW THINGS TO COME...
- Amirah Azman -

NILAI SEBENAR SEORANG ISTERI


Assalammualaikum dan salam sejahtera



Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang datang ke depan.

PENCERAMAH: ”Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda”

Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, ada nama jiran, orang tua, teman kerja, sahabat, anak dan juga isterinya serta seterusnya.

PENCERAMAH: "Sekarang sila pilih 7 di antaranya anda ingin hidup terus bersamanya"

Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi.

PENCERAMAH: "Sekarang hapuskan 2 nama lagi, sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut..."

PENCERAMAH : “Hapus 2 nama lagi...”

Maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isterinya. Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih.

Tiba-tiba PENCERAMAH berkata: “Silakan padam 1 nama lagi!” Lelaki itu dengan perlahan-lahan mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya.

PENCERAMAH : "Silakan pilih 1 nama lagi!"

Lelaki tersebut menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan dengan berat hati mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis.
Setelah suasana tenang,


PENCERAMAH bertanya kepada lelaki itu, "kenapa kau tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak yang darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi?"

Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut.

Lalu lelaki itu menjawab: ”Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi meninggalkan saya, manakala anak jika sudah dewasa akan berkahwin, dan juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.”

Semoga kita semua boleh mengambil hikmah dari cerita diatas. Sayangilah isteri anda..

Sayangilah dia serta kasihanilah dia.Tolong bantu tingkat kan kehidupannya, mudahkan rezekinya, badannya, Jika dia melangkah mudahkan langkahnya & selamat kan dia

kredit : facebook

FENOMENA BARU.....



Assalammualaikum dan salam sejahtera

Mira tak tau dari mana punca fenomena ni berlaku..so just nak share lah gambar2 yang dah berlungguk-lungguk dekat media sosial kita sekarang ni..meh layan meh.. :)







perghhh..geli ceckkk..haha..

gambar kredit encik GOOGLE


Patutkah berkahwin awal?


Assalammualaikum dan salam sejahtera

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

sumber:google

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)



credit : facebook

Antara Tempahan Customer Button Badge versi2


Assalammualaikum dan salam sejahtera

tekan sini untuk versi pertama

ok..bagi yang belum tahu..Mira masih mengambil tempahan untuk Button Badge ni..so ni antara button badge yang telah di siapkan untuk customer.. :)

jika berminat..boleh ke page ini >TEKAN< untuk keterangan lanjut.. :)













Pesta Pantun


Assalammualaikum dan salam sejahtera

ok kali ni cerita tentang pesta pantun yang Mira sertai macam 3 tahun berturut2 termasuk tahuun ni...alhamdulillah masih diberi peluang untuk Mira wakili sekolah untuk peringkat daerah..Pesta Pantun ini tak silap Mira diadakan pada bulan 4...macam biasa..tak sempat nak story time tu..sekarang baru la sempat..

WALAUPUN tak pernah nak sampai ke sepauh akhir..tapi Mira cukup bersyukur dah..tak apa..semoga para junior dapatlah memenanginya nanti..amin..kenangan kita berlatih selama 2 minggu tak dilupakan..

ni antara gambar yang ada lah..tak sempat nak bergambar sangat..masing-masing agak buzy nak menghafal pantun..hihi

 ni antara budak junior yang baru tahun ni masuk bertanding


cari Mira yang mana satu?? haha


apa-apa pun selamat bercuti.. :)



IKLAN

Kepada mana-mana online shop yang nak direview di blog Mira. Anda boleh email Mira di

eira.shamiera@yahoo.com


Cerita Hari Guru di SMKRLNR


Assalammualaikum dan salam sejahtera

alhamdulillah Allah masih memberi nafas untuk Mira menulis hari ini..
seperti yang dikethuui Hari guru dah lama dah lepas iaitu pada 16MEI..tapi baru hari ini sempat nak post tentang Ssambutan Hari Guru .. Sambutan Hari Guru di sekolah Mira tahun ni biasa-biasa sahaja..disebabkan form4 dan 5 sedang menduduki peperiksaan pertengahan tahun dan Menengah bawah akan menduduki peperiksaan pada minggu depannya..tapi walau apapun..sambutan Hari Guru tetap dijalankan .. :)



ini adalah hadiah yang diberi oleh kelas Mira untuk guru yang mengajar kelas Mira tahun ini..bajet pun tak berapa nak ada..so bolehlah kan..harap diterima..ini pun last minit punya hadiah..dalam kotak tu ada cupcake dan beberapa pen dan gambar bawah tu adalah stiker untuk dilekatkan pada cupcake tu..

disebabkan gambar untuk aktiviti pagi tak ada..so yang ada pada sesi petang je..so layan sajalah ye..Walaupun Mira tak ada pada sesi petang..tetapi 2 tahuun Lepas Mira juga warga sesi petang untuk SMKRLNR .. credit gambar kepada Cikgu Mira

















IKLAN

Kepada mana-mana online shop yang nak direview di blog Mira. Anda boleh email Mira di

eira.shamiera@yahoo.com


Story - Mory Karnival Keusahawanan SMKRLNR Part2


Assalammualaikum dan salam sejahtera

OK.hari ini nak cerita sambungan dari cerita semalam Story - Mory Karnival Keusahawanan SMKRLNR Part1 ini ialah harinya..awal pagi tepat jam 7 Mira dah start menuju ke sekolah sebab nak sambung kerja menghias di gerai..agak kalut juga masa tu sebab ada dalam 1 jam lagi sebelum nak pergi ke dewan untuk Majlis Penyampaian anugerah..so angkat-angkat barang apa yang patut..habis2 design apa semua dengan kawan dan tetina cikgu yg handle gerai yang bawak semua makanan basah tak datang lagi..bertambah kalut la jadinya..disebabkan tak sempat nak tunggu..just bagi kerja memasak apa semua pada junior..yang senior kebanyakannya ke Majlis Penyampaian hadiah tu..

bawah ni gambar masa Mira ambil hadiah..ayah duduk belakang.tak sempat nak kedepan..so nampak dari jauh ajelah..majlis ni habis dalam pukul 10:30 juga la..pukul 11 dah kena jaga gerai..tukat shif dengan budak junior katakan..kesian pulak dekat dyeorang..

ini pula gambar gerai KELAB KOPERASI dari jarak jauh..gerai Kelab Mira ambil dua tempat..so tempat yang macam pink2 ada bunga-bunga kertas tu handmade by kawan Mira sendiri ok..rajin dia buat..ambil masa sehari dia buat sesorang..masa ni Mira masih di Dewan untuk Majlis tu..


Habis saja Malis Penyampaian hadiah terus bergegas ke tandas sebab nak tukar baju..ada yang sempat..ada yang tak sempat..nasib Mira sempat..so Mira takeover dulu lah sementara tunggu kawan yang lain...alhamdulillah tepat jam 12 macam tu gerai Mira dah habis dah makanan untuk dijual..tamat Karnival ni jam 3 petang..habis2 kemas dalam pukul 12:30 tu terus pergi ke gerai-gerai lain nak membeli pula la kan..hihi..


dah habis semua..masa untuk menangkap gambar la pulak kan..Mira n kawan lelaki kat gambar kat sini antara yang meniaga dekat gerai hari tu..kawan Mira yang berbaju kuning ni pula jadi DJ untuk Karnival tu..dan yang tudung Hijau tu jadi pembeli je time Karnival ni..hihi

tamatlah sudah cerita..dah cuti 2 minggu ni baru rajin nak cerita tentang diri Mira..selama ni agak jarang nak berkongsi cerita..boleh jadi memori untuk Mira ingat kembali..walaupun tak ramai yang membaca..tapi Mira dah puas sebab dapat berkongsi cerita.. :)


IKLAN

Kepada mana-mana online shop yang nak direview di blog Mira. Anda boleh email Mira di

eira.shamiera@yahoo.com

Story - Mory Karnival Keusahawanan SMKRLNR Part1


Assalammualaikum dan salam sejahtera

ok kali ini nak cerita mengenai HARI KEUSAHAWANAN dekat sekolah Mira tempoh hari..Program ini dijalankan pada 3 MEI 2014 .. dan pada hari yang sama PROGRAM HARI ANUGERAH juga berlangsung..so dapat la memeriahkan lagi KARNIVAL KEUSAHAWANAN buat julung kalinya dalam hidup Mira sebagai budak sekolah menengah..hihi..

bawah ni adalah sehari sebelum Berlangsungnya Karnival tersebut..Yang menyertai aktiviti berniaga ini kebanyakannya oleh kelab ataupun persatuan sekolah Mira sendiri..ada juga pihak luar datang untuk menambahkan kemeriahan..disebabkan Mira diantara senior untuk KELAB KOPERASI..so Mira ditugaskan untuk menghias tempat untuk berniaga..

gambar di bawah ini antara kerja yang dilakukan oleh kami sekumpulan lah..hampir 75% siap untuk menghiasnya..selebihnya awal pagi esok baru ditambah..yang berbalut dengan plastik sampah bukanya apa..takot malam tu hujan pulak..kalau basah lambat pulak nak kering dan tak cantik pulak kan..Sediakan plastik sampah sebelum hujan..haha ^^


tiang pun dan bengkok kena langgar dek kereta..haha

cerita untuk Karnival Keusahawanan tu esok Mira sambung..hehe..



IKLAN

Kepada mana-mana online shop yang nak direview di blog Mira. Anda boleh email Mira di

eira.shamiera@yahoo.com


PARODY VIDEO TENTANG CADBURY


Assalammualaikum dan salam sejahtera

Wordless Tuesday : Krim 360 Terbaharu


Assalammualaikum dan salam sejahtera

AUTOPUBLISH ENTRY


tak mampu berkata apa-apa..hahaha


sumber : google




IKLAN

Kepada mana-mana online shop yang nak direview di blog Mira. Anda boleh email Mira di


eira.shamiera@yahoo.com


Template Blog BERTUKARR !


Assalammualaikum dan salam sejahtera

AUTOPUBLISH ENTRY

alhamdulillah selesai tukar baju blog semalam..entah tetiba nak tukar pada tema rose merah..haha..btw simple je..harap ok je la kan..nak tengok perubahan yang dulu dan lama tak?? meh sini mira tunjuk gambar..


mungkin ada yang kata yang dulu lebih better dari yang sekarang..tapi bagi Mira biar lah ada perubahan sikit kan..baru nak mencuba untuk belajar tukar2 n design blog sendiri..puas hati sikit kan..

sebarang komen atau apa-apa yang perlu Mira perbaiki boleh lah komen di bawah ye.. :)



Kreatif : Kasi MELELEH !



Assalammualaikum dan salam sejahtera

tudia tajuk kan..haha..saja bagi suspen..just nak share satu idea kreatif lupa dari mana ..rasa nya dari Facebook juga tempoh hari..main copy je gambar pun..mana tahu bagi idea kat sapa2 nak buat makan hujung minggu ni kan2..
http://3.bp.blogspot.com/-bDO6YyLYkzw/T8ngJ9LI2tI/AAAAAAAABUw/NtkQhGOGV_Q/s1600/burger+bakar.jpg





 

IKLAN

Kepada mana-mana online shop yang nak direview di blog Mira. Anda boleh email Mira di

eira.shamiera@yahoo.com


Salam Sabtu : Mas Kahwin & Hantaran, Berpuluh-Puluh Ribu?


Assalammualaikum dan salam sejahtera

http://persediaanperkahwinan.com/blog/wp-content/uploads/2012/05/memilih-cincin-kahwin.jpg 

 biar gambar menceritakan.. :)


 
 

 sumber : klik


IKLAN

Kepada mana-mana online shop yang nak direview di blog Mira. Anda boleh email Mira di

eira.shamiera@yahoo.com