STATUS UPDATED!
23/06/2019 NEW LIFE NEW ADVENTURE NEW THINGS TO COME...
- Amirah Azman -

KAMI ANTI MALAYSIA!!




Assalammualaikum dan selamat sejahtera..

Sebelum apa-apa yang terjadi..Miera beribu-ribu kali berminta maaf kepada semua pihak diatas ayat Miera dibawah ini..ini hanyalah pendapat hamba Allah yang kerdil lagi hina ini..tetapi hanya tujuan untuk menyatukan dua negara ini. 
sebelum korang semua berburuk sangka pulak tentang Miera..Biar Miera jelaskan apa yang berlaku sebenarnya..kes ini agak kecoh sampai melibatkan dua negara iaitu negara kita "MALAYSIA" dan negara jiran kita iaitu "INDONESIA"..untuk korang semua lebih faham..tengok gambar-gambar yang Miera sempat Printscreen kan tadi





ini ialah satu group dimana segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan Malaysia..Miera sebenarnya memang agak marah sebenarnya diatas apa yang mereka lakukan terhadap negara MALAYSIA..tapi bila difikirkan balik..tak perlu kita nak ambil hal tentang perkara ini disebabkan ini hanyalah perkara yang agak tak perlu diambil tahu..mungkin mereka buat ini sebab segelintir kita pun membuat yang sedemikian rupa..

Miera tak nak kita bermusuh-musuhan sampai ketahap ini..agak tidak ada kematangan itu dalam jiwa kita..tak perlu nak diungkit-ungkit mengenai kisah silam negara masing-masing..bagi Miera bila kita balas perkara yang sama apa yang mereka buat..sama sahajalah kita seperti mereka bukan??Malaysia dan Indonesia orang beragama ISLAM ,bukan?? mencaci dan menghina adalah perbuatan yang tak baik tambahan pula..Perbuatan mencaci maki sesama muslim amat dibenci dan mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Mencaci orang islam itu termasuk fasik dan membunuhnya termasuk kafir."
(HR.Abu Daud)
 Dalam hadith lain Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Tidak dapat masuk syurga orang yang tetangganya tidak merasa aman dari gangguannya(menyakiti(."
(HR.Muslim)

..so..sama-samalah kita berdoa memberi keinsafan segelintir orang itu dan segelintir orang kita agar dua negara ini menjadi negara yang bermuafakat dan bertindak lebih rasional nanti..insya allah


yang penting malam ini mari-mari kita sokong MALAYSIA dalam perlawanan AFF malam ini menentang THAILAND ..harap kita dapat menang..AMINNN..:)

4 000 Pengomen Setia :

Amirah. berkata...

hish mcm2 la -.- huhuh.. semoga harimau malaya dpt menewaskan thailand mlm ni :) amin

Unknown berkata...

malaysia anti indon,indo anti malaysia adesssss....

Salsabella Salma berkata...

Saya setuju sangat dengan post ni.
Saya pon juga tak nak lah malaysia dan indonesia jadi bermusuh-musuhan sampai ketahap ni.

Saya orang indon. Mewakili sekalian rakyat indon yang telah berbuat tak elok pada rakyat malaysia.

Mohon maaf sebesar-besarnya atas segala kesalahan yang membuat rakyat malaysia tak nyaman

zeeQa berkata...

sekarang ni macam-ll dah jadi, tak tau nak jadi apa da dyorg semua ni.