STATUS UPDATED!
04/07/2016 terima kasih kepada yang masih sudi menyinggah dan membaca blog Mira ni..budi dan jasa anda tidak mampu Mira balas dengan kata-kata..ecewahhh..:)
- Amirah Azman -
DASHBOARD ABOUT ME TUTORIAL FREEBIES CERITA TIP-TIP

Story - Mory Karnival Keusahawanan SMKRLNR Part2


Assalammualaikum dan salam sejahtera

OK.hari ini nak cerita sambungan dari cerita semalam Story - Mory Karnival Keusahawanan SMKRLNR Part1 ini ialah harinya..awal pagi tepat jam 7 Mira dah start menuju ke sekolah sebab nak sambung kerja menghias di gerai..agak kalut juga masa tu sebab ada dalam 1 jam lagi sebelum nak pergi ke dewan untuk Majlis Penyampaian anugerah..so angkat-angkat barang apa yang patut..habis2 design apa semua dengan kawan dan tetina cikgu yg handle gerai yang bawak semua makanan basah tak datang lagi..bertambah kalut la jadinya..disebabkan tak sempat nak tunggu..just bagi kerja memasak apa semua pada junior..yang senior kebanyakannya ke Majlis Penyampaian hadiah tu..

bawah ni gambar masa Mira ambil hadiah..ayah duduk belakang.tak sempat nak kedepan..so nampak dari jauh ajelah..majlis ni habis dalam pukul 10:30 juga la..pukul 11 dah kena jaga gerai..tukat shif dengan budak junior katakan..kesian pulak dekat dyeorang..

ini pula gambar gerai KELAB KOPERASI dari jarak jauh..gerai Kelab Mira ambil dua tempat..so tempat yang macam pink2 ada bunga-bunga kertas tu handmade by kawan Mira sendiri ok..rajin dia buat..ambil masa sehari dia buat sesorang..masa ni Mira masih di Dewan untuk Majlis tu..


Habis saja Malis Penyampaian hadiah terus bergegas ke tandas sebab nak tukar baju..ada yang sempat..ada yang tak sempat..nasib Mira sempat..so Mira takeover dulu lah sementara tunggu kawan yang lain...alhamdulillah tepat jam 12 macam tu gerai Mira dah habis dah makanan untuk dijual..tamat Karnival ni jam 3 petang..habis2 kemas dalam pukul 12:30 tu terus pergi ke gerai-gerai lain nak membeli pula la kan..hihi..


dah habis semua..masa untuk menangkap gambar la pulak kan..Mira n kawan lelaki kat gambar kat sini antara yang meniaga dekat gerai hari tu..kawan Mira yang berbaju kuning ni pula jadi DJ untuk Karnival tu..dan yang tudung Hijau tu jadi pembeli je time Karnival ni..hihi

tamatlah sudah cerita..dah cuti 2 minggu ni baru rajin nak cerita tentang diri Mira..selama ni agak jarang nak berkongsi cerita..boleh jadi memori untuk Mira ingat kembali..walaupun tak ramai yang membaca..tapi Mira dah puas sebab dapat berkongsi cerita.. :)


IKLAN

Kepada mana-mana online shop yang nak direview di blog Mira. Anda boleh email Mira di

eira.shamiera@yahoo.com

3 000 Pengomen Setia :

Mazni Munawar berkata...

bestnya pegi karnival usahawan. sye pun kt skola tahun lepas jadi usahawan muda tpi tk penah pegi karnival2 camni. selalu diorang panggil ALP je, huhu

Ismi Ana berkata...

Karnival keusahawanan tu dibuat kt sekolah eh Mira? Mesti masyuk jualan. Hehe..kan kan?

Adam Faiz berkata...

Wahhh bestnyaa :')