STATUS UPDATED!
04/07/2016 terima kasih kepada yang masih sudi menyinggah dan membaca blog Mira ni..budi dan jasa anda tidak mampu Mira balas dengan kata-kata..ecewahhh..:)
- Amirah Azman -
DASHBOARD ABOUT ME TUTORIAL FREEBIES CERITA TIP-TIP

Pagi khamis yang dingin


dari pagi tadi hujan je kan..
tapi korang jangan lar kata yang macam-macam..
hujan tu adalah satu Rahmat ALLAH..
okey-okey..tanpa membuang masa..
miera nak tunjuk kenapa hujan itu Rahmat

1. Ia menyuburkan muka bumi
Bagi mereka yang bekerja sebagai petani atau pekebun atau mana-mana pekerjaan yang memerlukan tanah yang subur, hujan sangat membantu dalam pekerjaan mereka. Dan seperti yang kita tahu, sayur-sayuran dan buah-buahan sangat penting dalam mengorak langkah kepada hidup yang lebih sihat. Jadi, untuk hidup sihat, kita memerlukan sayur-sayuran dan buah-buahan. Untuk tanam sayur-sayuran dan buah-buahan, kita memerlukan tanah yang subur. Untuk mendapat tanah yang subur, kita memerlukan air, yakni hujan.

2.  Ia sumber air bersih
Seperti yang kita sedia maklum, hujan merupakan salah satu sumber air bersih. Dan sesetengah penduduk dunia sangat bergantung kepada hujan untuk sumber air, termasuklah di Malaysia. Ini berlaku apabila mereka tiada loji penapisan air di kawasan tersebut, ataupun perkhidmatan bekalan air bersih tidak sampai ke kawasan mereka. Oleh itu, hujan adalah sumber air utama bagi mereka, untuk minum, mandi ataupun untuk memasak. Air hujan juga berguna untuk pelaut ataupun nelayan yang sudah kehabisan air minuman. Mereka boleh bergantung kepada air hujan untuk minum, kerana air laut sudah semestinya sangat masin.

3. Ianya sebagai peringatan
Tidak dapat dinafikan, hujan juga membawa bencana, seperti banjir di Kedah dan Perlis pada penghujung tahun lepas. Tetapi, bencana yang datang, bukan hanya membuat duka semata-mata. Ianya membawa mesej seribu makna. Dan kita manusia biasa, dapatkan kita membuka mata dan membaca? Jika tidak, mari saya terangkan. Bila berlakunya banjir, ianya menunjukkan bahawa terdapatnya masalah di tempat tersebut. Mungkin kawasan tersebut rendah dan mudah banjir. Mungkin juga disebabkan oleh sistem perparitan yang tidak teratur dan masalah sampah yang berleluasa. Maka, di sini, dapat kita lihat, berlakunya banjir, ianya bukan salahnya hujan, tetapi kita sendiri. Yang tidak pandai melaksanakan pembangunan. Yang tidak ambil endah tentang kelancaran sistem perparitan.

Jadi, Ingat!!! Jangan ambil mudah tentang hujan. Kerana kita tidak tahu dan tidak pasti akan kemunculan semula nikmat hujan. Dan apabila berlakunya kemarau yang panjang kelak, di saat itulah baru kita hendak menghargai hujan. Betapa pentingnya hujan pembawa rahmat. Betapa pentingnya nikmat tuhan yang dinamakan hujan.

0 000 Pengomen Setia :