Assalammualaikum dan salam sejahtera..
setaip yang Allah telah berikan kepada kita adalah suatu nikmat kepada kita dan bersyukurlah kerana Allah telah membeikan yang terbaik untuk kita..teruskan untuk membaca cerita dibawah :)
Jam sudah menunjukkan 3.30 p.m.,
tapi bas masih belum tiba. Dengan cuaca panas, aku mendengus. Ahh, itu dia bas.
Pintu bas dibuka dan aku memilih tempat duduk.
Dengan otak memikirkan makan
malam yang akan dimasak isteriku, dan kepenatan yang aku lalui hari ini, aku
melihat sekeliling bas. Seorang anak perempuan kecil sedang duduk menghadapku.
Seketika kemudian, dia memberikanku senyuman. Dengan teragak-agak aku membalas
senyumannya. Aku bersambung memikirkan keadaanku yang sudah lewat untuk pulang
ke rumah. Bukankah bagus sekiranya aku mempunyai kereta.
Bas berhenti di suatu hentian,
dan anak kecil tadi berdiri dengan ayahnya. Allah, rupanya anak kecil ini tiada
sebelah kaki, dia memakai tongkat bahu. Sewaktu dia hendak turun bas, sekuntum
senyuman manis sempat dikirimkan kepadaku. Aku tersenyum, kali ini dengan
benar-benar ikhlas. Aku berdiam diri seketika. Ya Tuhanku, ampunkan aku kerana
merungut. Aku mempunyai dua kaki, tetapi aku tidak bersyukur.
Perhentian untukku telah tiba.
Aku turun bas, dan kerana perutku yang lapar aku mencari kedai-kedai di tepi
jalan. Ahh, ada sebuah stall jual roti. Penjualnya kacak. Aku berkata kepada
hatiku, alangkah bagus aku kacak sebegini.
Aku melihat jam, masih sempat
lagi. Aku pun berborak-borak dengan dia. Apabila aku hendak pulang, lelaki
tersebut memegang erat tanganku. “Abang…terima kasih temani saya. Erm, saya
buta.”
Allah. Aku berikan kepadanya duit
lebih, dan dia mengucapkan terima kasih. Ya Tuhanku, alangkah tidak
bersyukurnya aku dengan apa yang ada pada diriku. Allah, ampunkan aku kerana
sering merungut.
Dalam perjalan pulang, aku lihat
ada beberapa orang sedang solat di tepi jalan. Aku turut serta dan beredar.
Hinggalah aku sampai di halaman rumah aku tempat anak-anak kecil selalu main.
Ada seorang anak lelaki kecil yang duduk termenung. Aku bertanya kenapa tidak
sertai rakan-rakan bermain?
Kemudian dia angkat tangannya dan
menunjuk kepada telinganya. Allah, baru aku tahu anak ini tidak boleh
mendengar. Ampunkan aku ya Allah kerana merungut dengan segala nikmat-nikmat
dari-Mu. Aku mendukung anak kecil tersebut dan bermain seketika.
Masuk sahaja di rumah, isteriku
mencium tanganku dan aku mengucup dahinya. Anak-anak berlari meringkul
pinggangku. Allah Tuhanku, terima kasih kerana mengurniakan semua nikmat-nikmat
ini. Engkau Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
1 000 Pengomen Setia :
kadang2 manusia lupa tentang nikmat2 yang Allah swt bagi, sehinggakan kita sering merungut..walhal masih ada manusia lain yang lebih kurang daripada kita
Catat Ulasan