STATUS UPDATED!
23/06/2019 NEW LIFE NEW ADVENTURE NEW THINGS TO COME...
- Amirah Azman -

Course Outline for Actuarial Science


Assalammualaikum dan salam sejahtera

makin kemain rajin nak updated..aceceh..untuk post kali ni just ringkas-ringkas n nak share serba sedikit tentang course code yang akan dipelajari kepada yang sambung belajar dalam Diploma in Actuarial Science..minta maaf sebab post Mira memang dalam Bahasa Melayu ye..boleh nak omputih takot nak sampai lain faham lain..haha..bagai ayam bercakap dengan itik ja nanti..

Mira sekarang pon baru sahaja habis sem2..so Mira boleh ceritakan sampai semester 2 saja lah..kalau untuk sem 3 keatas mungkin sikit-sikit based on pengetahuan or dengar-dengar macam tu je la..


gitu hah senarai course code yang kena ambil dari sem1 hinggalah sem5..untuk 2 sem ni alhamdulillah semunya tak berat sangat sebab daripada senior-senior actuary sendiri cakap untuk sem1 hingga sem3 ni semuanya basic saja..just nak remind balik ja..tapi bila masuk sem4 or part4 ni baru mula la cabaran dia sikit..tak la sikit..banyak la jugak..haha..sebab time tu barulah lebih kearah actuary ni..boleh dikatakan actuary ni belajar semua benda,,sebab tu ambil masa 3 sem untuk belajar banyak basic..bila dah masuk sem4&5 baru gabungkan balik basic tu..if tak silap la..

Yang elective tu khususnya kepada subjek CTU dan HBU.. CTU ni agama n HBU ni kokurikulum..dan dua-dua subjek ni sahaja yang fully bahasa Melayu okay..so yang lain semuanya fully in Inggeris.. untuk manusia bernama Amirah ni memang susah tertaktih-taktih la sebab darri menengah belajar bm tetiba masuk U fully Bi kan..tersengguk jugak hahaha..so takpa..nanti korang yang jarang guna bi tu akan pandai sendiri sebab dikelilingi kawan and tempat tu sendiri..jangan risau k..yang memamng azali pandai Bi tu tahniah la..anda tak la struggle sangat nanti..

Buat masa sekarang ni ramai senior cakap actuary subjek killer ialah FM iaitu Financial Mathematics yang akan belajar time sem4..ramai repeat paper ni jgk..uihh  berdebor aihhh..takut rasanya,,,tapi takpa..insya Allah kalau fakus dan banyak buat latihan boleh..nak sedapkan hati..huhu..

Tak tahu nak terangkan apa sangat,,nak terang satu-satu macam banyak la pulak..so kalau ada soalan atau pertanyaan boleh bertanya di komen dibawah atau emailkan ke amirahazman78@gmail.com untuk fast respond..insya Allah,,

ps ; kepada junior yang mahukan notes terutama sekali yang dapat tawaran ke UITM Cawangan Perak Kampus Tapah tu bolehlah contact Mira ke amirahazman78@gmail.com ye..nota banyak sangat sayang nak buang..dan nak pinjam buku pon boleh sebab buku kebanyakan nye RM100 keatas..kepada yang tidak kemampuan tu boleh saja contact Mira.. 😊

0 000 Pengomen Setia :