STATUS UPDATED!
23/06/2019 NEW LIFE NEW ADVENTURE NEW THINGS TO COME...
- Amirah Azman -

TROWBACK : Student Leadership Camp


Assalammualaikum dan salam sejahtera

disebabkan semenjak dua tahun ni tak updated blog ni kan..so kali ni nak semakkan entry blog dengan cerita 2 tahun lepas lah...saja nak trowback balik kenangan lama..rindu kot..so untuk kali ni..dimulakan dengan Student Leadership Camp yang dianjurkan oleh ACCENTURE & TEACH FOR MALAYSIA..yeahhh..tepuk tangan sikit...

Disebabkan kem ini agak lama so ia dilakukan selama 3 hari yang berlainan bulan..start dari bulan 4 kot setahu Mira..last sekali bulan 8..lepas Raya..memang jarak antara satu-satu tuh lama la,lagi-lagi stop sekejap untuk puasa n raya,,boleh diakatakan,,sekolah Mira antara sekolah yang jauh dari tempat perjumpaan tu selain sekolah KAMUNTING .. sebab ambil masa hampir 2 jam..pergh,,lama kot duduk dalam bas..setaip bas ada 3 sekolah yang berlainan..


yang paling best,,setiap kali perjumpaan,,mesti tempat yang berlainan..haha..yang paling best ialah tempat last sekali di hotel yang boleh dikatakan hotel lima bintang larh...perghhh..dah la time makan tuh..diorang lepaskan ja nak makan apa..tak kisah berapa lama..so apa lagi,,so mulalah sesi makan tanpa henti padahal lepas tu nak kena buat presentation..hahaha..


Sejujurnya..seronok dapat jumpa kawan baru..belajar benda baru tentang kepimpinan ni..sebab setiap tahun hanya sekolah n pelajar yang terpilih sahaja yang dapat pergi..so sapa tak seronok kan..diberikan masa yang lama untuk siapkan tugasan yang diberikan sebab untuk sekolah sendiri..bukan calang-calang hadiah dia,,dah la semua benda free dapat..lepastuh ada reward pulak kot..

  • Tempat Pertama RM 1,500
  • Tempat Kedua RM 1,300
  • Tempat Ketiga RM 1,000


So siapa tak nak kan..tapi bukan untuk diri sendiri ok..tapi untuk memperbaiki sekolah tu or tempat yang pelajar mahukan agar penggunaan bahasa Inggeris ini dapat diperbaiki dari masa ke masa..Alhamdulillah...setelah bertungkus lumus menyiapkan tugasan yang hanya dilakukan seminggu sebab kami memang suka buat last minit..haha..n terpaksa tukar projek sebab Sir terpaksa sambung belajar di UK..ni part paling sedih..sebab time ni la kami mula rapat,mesra dengan cikgu yang sporting ,,bertengkar semua lahh,..layanan dia dengan kami pon macam kawan-kawan ja..tu yang best..

Habis part sedih diatas...haaa!! alhamdulillah,,kami dapat tempat Ketiga..jeng..jeng..jenggg!!



Mira habiskan entry kali ni dengan payung beberapa gambar kenangan lama kami semua bersuka ria, menangis berkongsi kisah , menuntut ilmu bersama , mengejar cita-cita , memperbaiki diri untuk negara tercinta..Terima kasih diucapkan..sob..sobb (menangis)



0 000 Pengomen Setia :