Assalammualaikum semua..kali ini..entry ini khas unutk muslimah only..tetapi jika yang lain pun nak baca...miera tidak menghalang sama sekali..Miera hanya ingin berkongsi cerita..
mengenai dengan tajuk yang ini..tak perlu dihairankan jika masih ada yang malu untuk berhijab/bertudung kerana diejek oleh rakan-rakan mahupun sesiapa sahaja..kita tak perlu sama sekali mengendahkan nya..Kita lebih suka diHakimi oleh Manusia ataupun Allah kelak?? so..be yourself okeyh,,sebenarnya banyak manfaat yang korang sendiri akan dapat jika "menutup aurat dengan sempurna" seperti dibawah.
juga contoh kesilapan Wanita/Perempuan semasa menutup aurat
Berikut ini adalah beberapa kelebihan, fungsi, kebaikan, manfaat yang boleh didapati daripada menutup aurat:
1. Menghindarkan diri dari dosa
Salah
satu sebab ramai wanita masuk neraka adalah kerana mereka tidak menutup
aurat mereka di mata orang-orang yang bukan mahramnya.
2. Menghindari fitnah, tuduhan atau pandangan negatif
Orang-orang
yang gemar membuka auratnya secara terang-terangan selalu dituduh
sebagai wanita pelacur, penggoda, murahan, perampas suami orang dan
lain-lain. Untuk itu hindari memakai pakaian yang memperlihatkan
bahagian tubuh yang dapat merangsang lawan jenis.
3. Mencegah timbulnya hawa nafsu lawan jenis mahupun sesama jenis
Secara
umum laki-laki normal akan terangsang melihat wanita yang memakai
pakaian ketat, seluar pendek atau skirt ketat, wajah dimekap menggoda
dan sebagainya. Banyak lelaki yang ingin berbuat jahat kepada perempuan
yang seperti itu sama ada secara paksa mahupun tanpa paksaan.
4. Menunjukkan diri sebagai bukan perempuan / lelaki murahan
Menutup
aurat melambangkan identiti orang-orang yang baik. Ditambah lagi dengan
perilaku yang baik dan sopan maka tidak mungkin ada orang yang
mengatakan kita sebagai perempuan murahan atau lelaki murahan.
5. Melindungi tubuh dan kulit pandangan
Dengan
pakaian yang menutupi tubuh secara sempurna maka kita tidak akan
merasakan kepanasan di saat matahari bersinar terik, tidak merasakan
kesejukan di saat suhu sedang dingin. Begitu juga dengan debu dan
kotoran akan terhalang mengenai kulit kita sehingga kebersihan tubuh
dapat terjaga dengan baik.
6. Mencegah rasa cemburu pasangan hidup kita
Jika
suami atau isteri suka tampil seksi maka pasangannya merasa cemburu jika
ada orang yang menggoda atau hanya sekadar melihat dengan pandangan
penuh nafsu syahwat. Jangan biarkan rasa cemburu muncul dalam kehidupan
rumahtangga kita, hal itu merupakan tanda-tanda awal kehancuran sebuah
keluarga yang bahagia.
7. Mencegah terkena penyakit dan gangguan kesihatan
Penyakit-penyakit
yang muncul jika kita membuka aurat di ruang terbuka adalah seperti
kanser kulit, kulit terbakar, kulit menjadi hitam dan sebagainya. Cegah
penyakit dan gangguan kesihatan tersebut dengan memakai pakaian yang
tertutup yang dapat melindungi tubuh dari faktor-faktor penyebab
penyakit tersebut.
8. Memberikan sesuatu yang istimewa bagi suami atau isteri kita
Bukalah
pada saat di depan suami atau isteri kita saja. Orang yang demikian
biasanya akan sangat dihargai dan disayangi oleh pasangan hidupnya. Di
depan orang lain yang bukan mahram, aurat selalu terjaga dengan baik.
9. Melindungi diri kita dari pelbagai kejahatan
Biasanya
wanita yang auratnya sering menjadi mangsa perkosaan mahupun tindakan
jenayah lainnya. Bandingkan dengan wanita bertutup yang tampil tidak
menarik di mata penjahat kerana penampilannya yang membuat pelaku
kejahatan tidak berniat jahat terhadapnya.
10. Menutup aib rahsia yang ada pada diri kita
okey,,sebelum Miera mengakhiri entry kali ini..miera nak korang tengok dulu video ini..harap korang enjoy..sekian..:)
0 000 Pengomen Setia :
Catat Ulasan