STATUS UPDATED!
13/06/2017 BUSY BILA DAH START KERJA..:)
- Amirah Azman -
DASHBOARD ABOUT ME TUTORIAL FREEBIES CERITA TIP-TIP

Cara nak pikat hati PEREMPUAN

Asalammualaikum semua
sini ada lar beberapa cara nak pikat hati perempuan zaman sekarang..
nie pown atas seorang budak lelaki junior nie minta tip at miera..
miera buat saja...ikowt firasat n pengalaman mira lar..
kalau menjadi bagus lar..okey-okey...
korang baca lar okey..
hope enjoy..


1.Dah dapat nombor telefon atau dah add twitter atau facebook. Mulakan  langkah pertama sebagai kawan dulu (pelan-pelan kayuh...). Perempuan tak suka lelaki terburu-buru atau bahasa lainnya, gelojoh.

2.Wanita sukakan perhatian. Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Selalulah telefon, SMS, email dan sebagainya untuk bertanyakan khabar atau paling tidak Hai untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati anda. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.

3.Terima dia seadanya juga cuba memahami dan ambil tahu apa yang digemari dan disukainya. Bila rasa anda berdua punya keserasian dan dah kenal hati budi masing-masing, barulah ke langkah seterusnya, melamar sebagai kekasih hati.

4.Jadilah diri sendiri, sepanjang perhubungan. Tak perlu berpura-pura baik, kalau nak puji biar kena masa. Tak perlu buat-buat tunjuk ikhlas atau kontrol macho sangat. Tapi taklah bermakna anda boleh berkasar sesuka hati. Cuba kawal  emosi dan tabiat buruk ketika anda berdua berjumpa.

5.Wanita suka sikap lelaki yang spontan, peka dan memahami-sesekali anda boleh membuat kejutan kepada si gadis dengan mengirimkan bunga atau hadiah. Tak perlu terlalu romantik sangat tapi janganlah sampai tak ambil berat langsung. Kalau nak buat candylight dinner, tak perlu beria-ria, make it simple!

6.Menepati janji. Kalau dah kata nak jumpa pukul 2pm. Pastikan lebih datang tepat pada masanya. Jangan berulang kali memberi alasan apatah lagi alasan yang sama.

7.Tunjukkan kemampuan serta keyakinan diri. Contoh, kalau takder duit buat cara takder duit. Kebanyakkan wanita sebenarnya lebih suka dengan lelaki yang bersikap sederhana biarpun lelaki itu seorang yang kaya raya. Kalau pandai berjenaka, setiap kali bertemu dan berbual-bual, sesekali anda boleh buat lawak tapi awas, jangan sampai menonjolkan kebodohan diri. Wanita suka lelaki yang berkarisma, mampu menjadi pembimbing dan melindungi.

8.Jadilah pendengar yang baik dan sentiasa jujur. Sekiranya dia sedang bercerita  tentang sesuatu atau mengadu masalah, anda harulah dengar dan sesekali berikanlah respon atau berikan pendapat bernas. Secara tak langsung menjadikan anda seorang yang memahami. Selalu menyokong dan memberi semangat padanya.

9.Cemburu buta, syak wasangka, membuat tuduhan melulu. Itu antara sebab yang boleh buat hubungan anda tidak berkekalan. Jangan gunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Letakkan kepercayaan padanya dan bukannya mengongkong. Sebaliknya anda perlu bersikap tenang dan tidak mudah melenting. Cuba selesaikan satu-satu perkara itu dengan mengajaknya berbincang secara baik.

10.Hormatinya dan jangan ambil kesempatan, itu penting! Kalau masih dalam peringkat berkawan, sentiasa ingatkan diri yang kalian hanya sekadar kawan. Jangan melebih-lebih. Kalau dalam peringkat sebagai kekasih, anda harus buat i gadis merasa dirinya amat penting, rasa istimewa dan jangan ambil ringan dalam semua perkara.

11.Berikan juga layanan yang baik dan mesra kepada rakan-rakan dan ahli keluarganya. Misalnya bertanyakan khabar keluarganya. Jika rakan-rakan dan keluarga tidak menyukai anda, si gadis juga mungkin akan mempunyai perasaan berbelah bagi terhadap anda. 



21 000 Pengomen Setia :

azmin wyne berkata...

xjdi pon...nak ngorat awak bole...

adam fiq berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
mohd shah berkata...

Btul x jdi pon....

Nazreen Ikmal berkata...

haha...terbaikk.. n_n

syafiq ;-) berkata...

Boleh caye ke ni??? :-D

aiman sarhan berkata...

TQ so much!
Tips ni telah menyedarkan kesilapan diri sendiri... n im gonna fix things!

Muhd Ikhmal berkata...

X berani la nk cuba takut

Muhd Ikhmal berkata...

Entah

Azrul Azuan berkata...

Urm..

Afif Adham berkata...

Saya di sini nak berikan ayat Nah " saya lemah dalam subject percintaan" can u help me? Adakah dengan cara ini wanita setuju dengan sikap lelaki jujur?

ambasha boboiboy berkata...

Kadangkala,kalau berani pun ajak dia jalan2 keluar,borak skejap dahtu dah habis buat semua tu,ckp jlh kat dia apa yg kita nk kat dia..

ambasha boboiboy berkata...

Not to easy to do that way,kan..

zaitie hasnan berkata...

tip #1 #4 #10 mmg points penting... heee =)

Haziq Haziq berkata...

haha..jgn tunjukkan btul klemahan diri klw bru fes time knal..lain la klw dh bkwan lama .itu x jd masalah klw ckp mcm tu.heee.

Haziq Haziq berkata...

pndapat sy.klw fes time knal dya better jgn ckp mcm tu.prmpuan tu pun akn hilang kyakinan dkt kw.klw dh knal lama .it s ok.heee

FuadAbu Hassan berkata...

Nk sms ape kalo girls tu dh pndah dan dh lame aq x sms die.....cmne nk starting

Lutfier berkata...

Kawan mcm biasa dlu. Pastu ckp ikut flow cerita. Perempuan ni dia suka bercakap. Tp kita kena start conversation dgn bertanya dlu. Contoh dah makan? Makan apa tadi? Dah kerja ke? Kerja apa? Rini kerja la? Mcm mana kerja? Tanya perempuan dlu. Nnt dia mesti cerita semua benda. Hahahaha. Pastu kalau dia stop cerita, kita cerita la pulak life kita, contoh kerja kt pej tu ok ke tak? Banyak kerja ke? Bos n staff dia mcm mana. Haaa. Perempuan ni bila kita dah dengar dia bercerita, dia pulak akan dengar cerita kita. Kalau tak percaya try dlu. Tp nk bg perempuan suka pulak kt kita, kita kena ambil berat pasal dia. Contoh dia sms kata dia tak pergi kerja sebab demam. Ye la rata2 laki mesti ckp eh asal mengadu kt aku? Dia mengadu kt kau tu kira dia tgk kau jenis amik berat psl dia ke tak. Tp serius aku ckp, once kau ambil berat pasal dia, dia pasti akan ada hati dgn kau. Kalau dia demam, ckp la mkn tak? Dah mkn ubat? Kalau dah mkn, rehat cukup2 tau. Bukak kipas perlahan, letak air kt tuala pastu letak tuala tu kat dahi. Sblm tu lap2 kt dada dgn tengkok tau. Selimut kan badan bg kuar peluh. Bagi dia sikit pantang2 waktu demam. Waktu tu dia akan rasa ada org yg ambil berat pasal dia. Byk lg benda yg boleh buatkan kita jd caring kt dia. Tp kena pandai tgk situasi la.

Lutfier berkata...

Btul la apa yg admin bg tu. Mostly mmg mcm tu

Lutfier berkata...

X berani, x dpt la nk ambil hati perempuan

Lutfier berkata...

Jgn ckp apa yg kita nak dlu. Ikut flow apa yg kita borakkan.

Lutfier berkata...

Starting tanya la. Salam. Kau apa khabar? Mcm mana life kau kt sne? Lepas dia citer life dia, cerita la kita punya life. Tp jgn terlalu lama citer. Sikit2 je. Takut dia bosan. Tp selalunya kalau kita dgr dia citer life dia kt kita pjg lebar, kalau kita citer life kita kt dia pjg lebar, dia okey je. Tgk citer dia pjg mana. Jgn kita lak lebih dr dia. Pastu dia mesti tanya byk kt kita psal life kita tu. So jwb la byk2 soalan dia tu. So conversation korg akan lg pjg sbb ada je nk ckp something.