Assalammualaikum dan salam sejahtera
Dah lama rasanya tinnggalkan blog ni tanpa sebarang updated (bukan kaki updated..haha pemalas) .. hari ni 04/07/2016 .. aku updated tengah malam buta sebab bosan..berapa hari lagi dah nak Raya..tak percaya sebenarnya..tak tahu nak start dari mana cerita ni..so aku perkenalkan Universiti dimana tempat yang aku sedang belajar iaitu UITM TAPAH..mungkin ramai tak pernah dengar n keliru..TAPAH ada UiTM ke? ya ada..baru ja lagi..tempat pon sedang membangun..tapi aku bersyukur sebab infrastruktur UiTM ni memang superb kalah Kolej Swasta (muka jahat) .. untuk bukti..aku tunjuk kan sikit gambar yea..
kolej kediaman Beta (aku kolej alpha..lebih kurang je)
dewan makan..dekat pusat pelajar rasanya..setiap dewan makan bangku warna lain-lain
plaza pentadbiran
dewan kuliah
bilik 4 orang..maaf beselerak sikit..opss..
sebenarnya banyak lagi benda best..tapi gambar banyak dekat insta..so aku malas nak cari n kumpul..First time aku sebagai budak sekolah biasa berpuasa hari pertama sendiri tanpa family..rasa syahdu gila kot..kalau bagi yang pernah duduk asrama lain la kan..first week aku tak boleh nak move on dengan kehidupan sebagai pelajar U..setiap hari aku cakap nak balik n tak nak sambung belajar..why? sebab aku tak biasa duduk jauh n tak biasa lah kan...semua benda baru untuk aku..belajar pon jangan cakap la..full BI .. yang selama ni aku dekat SMK belajar full BM..kecuali BI la.. so aku agak slow nak faham setiap subjek yang diajar..aku dah putus asa..setiap hari nangis ja keja..homesick teruk la tuh kan..
tapi satu ja aku pikir..mak n ayah aku dah berabis duit untuk aku sambung belajar n aku nak berjaya..orang boleh buat tak kan aku tak boleh buat..ya sistem U ni lain sebab semua depend sekat kau sendiri..semua maklumat n kerja kau cari sendiri..tak ada sapa nak tolong kau dah..jangan manja..that why aku kena bangun..buat sesuatu untuk teruskan .. aku doa tiap-tiap hari agar aku terus diredhai dan teruskan kuat semangat untuk belajar..
Alhamdulillah..telah hampir sebulan aku menjadi Siswi UiTM Kampus Tapah..buat masa sekarang aku dah boleh move on sikit-sikit n buat pengetahuan semua..aku student Sains Aktuari..ramai masih tak tahu apa Sains Aktuari yang dimaksudkan..aku malas nak cerita sebenarnya tentang apa yang aku faham sangat sebab dulu aku pon main google ja tentang ni n masih dalam pembelajaran kan..nak tahu lebih info..boleh cari Encik Google kita yea..
ok lah,,jam pun dah menunjukkan pukul 1.20 pagi..nak tido sebab jap lagi nak bangun sahur..just sempat share sikit ja sebab aku dah malas nak taip banyak..nantikan updated yang lain..itu pon kalau sudi membaca..maaf gunakan bahasa 'AKU' yang selama ni aku lebih familiar dengan panggilan Mira..suka hatilah kan..haha..ok assalammualaikum
p/s : jarang sungguh aku nak updated .. nanti ada story aku cerita lain..seronok sebenarnya share cerita dekat blog sebab nanti bosan boleh baca balik kisah kau..mana tau kau tetiba amnesia (pelupa ye..bukan tetiba hilang ingatan..haha)..
5 000 Pengomen Setia :
keep strong n good luck.. uni life is the best part to learn, create seramai mn kawan yg boleh and finally u will miss that moment again.
Just followed you. And saya bakal student KBM. Uitm dihatiku hehehehe . Btw you have such a beautiful blog. Inspiring me sangat :)
Salam ukhuwah dari BUNDA..
Salam. Temuduga untuk ambil course kena bercakap full Bi ke?
Wasalam, masa time Mira tak ada pula kena temuduga, kalau ada buat masa sekarang mungkin kena fully BI, sebab course ni sangat la picky ya
Catat Ulasan