Assalammualaikum dan salam sejahtera
selasa lepas (10/05/2016) baru sahaja lepas ditemuduga untuk panggilan guru untuk belajar disana kan..buat pertama kalinya untuk di temuduga nih..macam-macam perasaan ada lah kan..tapi sebelum dapat untuk ditemuduga tuh..ujian kecergasan calon guru (UKCG) telah dilakukan sebelum ditapis untuk dipilih ke peringkat seterusnya..time UKCG haritu Mira dapat di Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa di Lembah Pantai , Kuala Lumpur..
First tu terkejut jugak sebab Mira dari Utara,,jauh kot nak sampai sana..so terpaksa stay dulu dekat rumah sedara di shah alam..dan time ujian tuh..dapat la kenal ngan kengkawan yang lain..dan tak sangka..semua yang hadir masa tu..semuanya orang utara..so alhamdulillah..ada geng katanya idokkk..hehe
berbalik kepada temuduga tuh..Mira dapat di Institut Perguruan di Pulau Pinang,Bukit Combee..disebabkan Mira dari Perak .. so terpaksa gerak awal dalam pukul 5 setengah pagi dan sampai sana nak dekat pukul 6.40pagi dah,,,kira sempat la untuk solat subuh apa semua..selesai semua solat apa..terus pegawai yang bertugas panggil untuk masuk ke satu bilik untuk dengar taklimat ringkas lah kan..
habis sedikit taklimat..dyeorang dah suruh pergi ke setiap bilik mengikut no bilik yang kita dapat seperti disurat tawaran tuh..semua sesi temuduga ada sekali..tak kira la kau sesi ke 4 ke apa..semua duduk sekali..dan bilik temuduga tuh lain pulak yea..mula-mula depa panggil 6 orang calon..tapi disebabkan nak cepat habis..depa panggil lagi dua..so total 8 orang dalam satu bilik..jangan risau..temuduga dalam kumpulan seperti gambar dibawah ni..ada dua orang pegawai..
dan untuk maklumat ya..tahun ni dyeorang tak nak pun segala sijil yang kita ada..pegawai tu just ambil Kad pengenalan (original) , surat tawaran dan surat pernyataan Hasrat..tiga itu sahaja..yang lain simpan balik dalam beg..buat pekasam..hahaha...
Sesi pertama- setiap calon dikehendaki memperkenalkan diri..dalam keadaan duduk je pon..perkenallah nama,tempat tinggal,sekolah mana dulu dan cakap semua aktiviti yang tertinggi semasa kita disekolah dulu (sebab sijil depa tak ambil..so kena cerita habis la)
Sesi kedua - Soalan individu,pertama sekali dia tanya tentang apa yang kita tulis dalam pernyataan hasrat tuh..contoh kita tulis tentang modal insan terbilang..dia tanya la apa maksud modal insan terbilang bagai..contoh ok..dan soalan kedua tu dia tanya soalan umum..time ni korang kena banyak membaca fakta tentang KPM,FALSAFAH Pendidikan,pelajaran abad kini..kalau tk..pakat membisu la hangpa..tapi jangan risau..pengawai tu baik je..time Mira la.. :P
Sesi kedua - Soalan individu,pertama sekali dia tanya tentang apa yang kita tulis dalam pernyataan hasrat tuh..contoh kita tulis tentang modal insan terbilang..dia tanya la apa maksud modal insan terbilang bagai..contoh ok..dan soalan kedua tu dia tanya soalan umum..time ni korang kena banyak membaca fakta tentang KPM,FALSAFAH Pendidikan,pelajaran abad kini..kalau tk..pakat membisu la hangpa..tapi jangan risau..pengawai tu baik je..time Mira la.. :P
Sesi Ketiga - Sesi berkumpulan..diberikan masa 30 minit..pegawai tu akan bagi satu kertas.ikut la kena buat sajak ka..kena buat dialaog ka..time ni dyeorang nak tengok kita ni pandai tak bergaul,pandai tak nak pimpin kumpulan tu..tapi jangan menopoli itu ja..padahal dyeorang tak kisah pon hasil tugas kita macam mana..
dah habis tu..dyeorang suruh duduk balik macam biasa n akan dibuka soalan untuk ditanya..start kul 9 macam tu habis dalam kul 10.30..sekejap je..time tu korang tak rasa lah lama..rasa sekeap sangat masa berlalu..:)
Tip yang boleh dipraktikkan
1. Datang awal ke pusat temuduga..so korang tak la kelam-kabut..sempat la juga ambil nafas apa semua..nak penuhkan borang apa takut tertinggal kan.
2. Berpakaian seperti seorang guru..ada name tag nama sendiri,kasut kulit dan lain-lain lah..gaya tu perlu..baru nampk betul nak jadi cikgu
3. Sentiasa memberi kan senyuman..bukan apa..senyuman tu kan penting..makesure..sentiasa senyum terutama depan pegawai tu ok.. :*
4. Selidik lebih awal tentang subjek yang kamu minta..contoh BM..cara nak atasi,nak naikan BM..ssemua termasuk tentang KPM sendiri..baru nanty time temuduga idea kita tu rasional dan matang
5. Jangan terlalu gementar..duduk pon jangan nak goyang-goyang,,duduk tegak..ala,,kejap je pon..
6. Penggunaan bahasa tu penting..bila kau ambik subjek BM..guna bahasa BM yang betul..jangan campur BI tetiba..jangan tetiba loghat utara keluar..haha..Mira dah kena..pekat sangat punya pasai Utara tuh..haha
7 Ucap terima kasih setelah selesai temuduga tuh..tanda hormat..lagi bagus ..salam..untuk yang sama jantina la yer..ni tak..disebabkan pegawai tu hensem..yang perempuan ni nak pi salam..kena tampor free ja..haha
Itu sahaja kut..kalau nak tanya sebarang soalan ke apa..boleh tingalkan komen dibawah..insya allah..Mira akan jawap ASAP.. :)
Keputusan akan diberitahu seminggu sebelum kemasukan para pelajar..haha..rasa sat sangat la pulak..apa-apa pon tawakal lah pada Allah..kita dah usaha kan..berserah je ok..
7 000 Pengomen Setia :
wahhhhh...bkal2 cikgu ni......
barisan pelapis guru ni. abam buat TESL UM dulu. dah 19 thn ngajar...
sis doakan awak bergaya, amin. :)
good luck! :D
balas kunjungan, done follow blog, jemput follow dan komen di blog saya pula ya, terima kasih. :3
https://neezaohneeza.blogspot.my/2016/05/review-blog-perlu-ke-demand.html
Pernyataan hasrat tulis siap2 ke atau tulis disana ?
Huhhu , tahun ni aku pulak. Tak tau la sesi temuduga tahun ni sama macam tahun² yang lepas ke tak .
penyataan hasrat tu tulis siap-siap pon boleh..
Pernyataan hasrat tu kena tulis siap2 atau tulis disana ya sbb dalam surat tawaran saya dia ada tulis "calon dikehendaki memuat turun borang penyertaan hasrat(PH) utk dilengkapkan pada hari temu duga di pusat saringan. Hanya calon kurang upaya penglihatan dibenarkan menulis PH sebelum temu duga."
Catat Ulasan