Assalammualaikum dan Salam sejahtera

Inai or Henna untuk nama komersialnye telah menjadi trend ya..
pelbagai jenis dan revolusinya semakin menarik n mudah dipakai sekarang nih..
sekarang Mira nak kongsi serba sedikit revolusi yang Mira nampak sendiri sekitar kita nihh
sebelum tuh..meh kita baca sedikit HUKUM PEMAKAIAN INAI/HENNA
INAI DAUN


Jenis ini sedikit rumit untuk sediakan kerana perlu menggiling atau menumbuk daun inai sehingga lumat. Jika tidak, ini akan menganggu proses pemakaian inai di jari. Tambahan pula, zaman sekarang ni dah mula susah nak jumpa pokok inai, jika ada pun mungkin daun-daun masih muda dan warna tidak terang.
INAI SERBUK

Jenis ini senang untuk disediakan, cuma bancuh dengan air sahaja. Tetapi ada di kalangan pengukir inai akan menambah perahan limau, lemon,minyak zaitun dan pelbagai lagi bahan untuk mendapatkan warna yang terang dan gelap.
INAI TIUB

Jenis ini senang dipakai dan warna cepat melekat pada kulit. Cuma ukiran akan kurang cantik kerana mata tiub agak besar. Selain itu juga, kita perlu pandai mengawal warna inai / henna yang kita nak mengikut tempoh masa pemakaian. Jika memakai inai / henna jenis ini dalam tempoh yang lama, jari jemari anda mungkin akan berwarna hitam bukan oren, merah atau maroon. Terbaru, inai jenis tiub ini terdapat dalam pelbagai warnan seperti biru, hijau, merah, ungu dan pelbagai lagi.
INAI KON

Jenis ini paling banyak dipakai oleh pengukir inai / henna kerana mereka boleh tentukan saiz mata kon yang dikehendaki bergantung kepada ukiran itu sendiri. Kekemasan sesuatu ukiran itu dapat dilihat jika kita memakai inai jenis kon ini. Terdapat pelbagai warna inai / henna jenis ini seperti hitam, merah, maroon, oren dan pelbagai lagi.
INAI CELUP

jenis ni lagi mudah la nak pakai..just celup je jari tu n siap..tunggu la beberapa minit macam tu kan..senangnye sekarang
INAI PUTIH

tudia-tudia..warna putih pulak..Henna / inai warna putih ni dah menjadi trend dah sekarang.. tapi tentang hukum tu tak pasti la plk..berdasarkan hukum diatas mengenai warna tak kisah..tapi kalau putih..no komen la..
p/s : macam mana? apa pilihan hati korang? jangan lupa tinggalkan komen yea.. :)