STATUS UPDATED!
13/06/2017 BUSY BILA DAH START KERJA..:)
- Amirah Azman -
DASHBOARD ABOUT ME TUTORIAL FREEBIES CERITA TIP-TIP

TAHUN baru , KELAS baru , SUBJEK baru


Assalammualaikum dan salam sejahtera

alhamdulillah kita dah masuk tahun baru dah berapa hari lepas,rasanya tak terlambat lagi nak ucap SELAMAT TAHUN BARU kan..hihi..lama tak updated..alhamdulillah setelah dapat result PMR tempoh hari..berpuas hati la juga walaupun tak dapat 8A kan..Mira bersyukur :)

tahun baru , so kelas mestilah baru, temph hari dalam minggu lepas ada orientasi untuk tingkatan 4,selama 2 hari je,dengan kelayakan yang anda,mira boleh pilih antara kelas SAINS TULEN atau kelas AKAUN, Mira pilih kelas AKAUN la semestinya

sebelum ni memang dah ama dah aim nak masuk kelas akaun,first fikir tak nak masuk sebab tak ada kawan yang nak masuk sekali,tapi adalah kawan seorang ni nasihat baik kau masuk bidang yang kau minat..last-last dia pun ikut masuk sebab dia berminat..alhamdulillah,ramai kawan walaupun dalam kelas tu just 22orang sahaja..haha..okey lah tu kan.. :)


Mira pilih Akaun pon sebab time tingkatan 3 mira dah belajar sikit la,sikit ok tentang akaun2 ni sebab Kemahiran Hidup mira ambil Perniagaan & Perdagangan ..so ada la belajar tentang akaun-akaun ni kan..lagipon Mira minat tentang kira-kira ni..minat Math la jugak kan..haha..dan mira tak mintak SAINS TULEN pon sebab subjek dia agak mencabar la bagi Mira,BIO,FIZIK,KIMIA..oh anatar benda yang mira agak lemah sejujurnya..

Sains Tulen adalah kelas pertama,walaupun mira layak mira tak minat so tak leh nak paksa kan,so Mira masuk kelas ke-2 je..Kelas Akaun,Subjek Baru la bagi mira mestilah SUBJEK AKAUN,EKONOMI ASAS dan ADD MATH..first day dah belajar,tapi math je la..yang lain-lain just cikgu bagitahu format-format dan pengenalan tentang tingkatan 4,sebab format peperiksaan lain kan..

rasanya sampai sini sahaja kot nak cerita..baru kali pertama rasanaya tulis karangan ni kat blog,,hihi..apa-apa pun masih tak percaya dah umur 16 tahun dah..dah boleh nikah ye idok..main-main je..hihi..perangai masih budak-budak..so sekarang kena ubah perangai dan lebih fokus harapnya..

apa-apa pun maaf kalau mira ada terkasar bahasa,tersilap cakap sedar dan tak sedar ya..semoga tahun baru ini dapat memperbaiki diri kita yang lebih baik insya allah :)



3 000 Pengomen Setia :

Anis Zahidi berkata...

belajar rajin2 ya dik :) huhu

Cik Nur Shaz. berkata...

awak masuk kelas akaun saya terpaksa rela masuk kelas sains tulen plus akaun , pengsan !>.<

sha purplegirl berkata...

wah, bguslah dah ada minat dlam subjek tu, sy terpaksa pilih 2-2. haha, hadaplah bio,kimia,fizik thun ni..