STATUS UPDATED!
23/06/2019 NEW LIFE NEW ADVENTURE NEW THINGS TO COME...
- Amirah Azman -

Tip Tahan Mengantuk masa BELAJAR



 

1. Tanam objektif yang jelas dalam belajar 
pasangkan betul-betul niat, untuk apa korang belajar, kenapa pula korang study. Bila semua ini korang telah mampu jawab dengan jelas, jerit kuat-kuat dalam hati. Katakan dalam minda korang bahawa korang mesti belajar untuk menggapai matlamat korang itu. Tak ada orang malas yang boleh berjaya. Matlamat yang benar-benar jelas akan membawa seseorang itu ke suatu tahap yang tidak pernah dijangka-jangka dan mampu menewaskan apa pun halangan yang ada di hadapannya. Mengantuk, bosan dan sebagainya bukanlah masalah.

2. Lakukanlah dengan minat 
 – Setiap kerja yang kita lakukan, mesti bersama minat. Nasihat Mira, lakukanlah juga study ini dengan minat, mesti tak ngantuk punya. Macamana nak minat? Mana ada orang hobinya study? Ya, sebut aje study, semua orang jadi malas. Jadi, lakukanlah perubahan pada persekitaran korang supaya korang jadi minat. Tulis kata-kata semangat di dinding. Buat nota cantik-cantik. Warnakan point-point penting. Buatlah apa sahaja, asalkan anda jadi lebih semangat untuk belajar.

3. Belajar dalam jangka waktu yang pendek 
 – Belajar dalam jangka waktu yang pendek. Ini penting. Lepas sejam seeloknya, berhenti sekejap. Kalau rasa 30 minit dah rasa penat pun tak apa, berhenti sejenak. Buatlah apa-apa hobi korang. Baca novel-novel, komik-komik, main game pun tak apa, asal korang mendapat semula semangat study korang. Buat macam ni selalu, dan korang akan rasa korang tak akan jemu untuk menelaah buku-buku pelajaran anda. Percayalah!

4. Dapatkan tidur yang cukup 
Perkara ni nampak macam remeh. Tapi ramai yang terlepas pandang. Tak guna study berjam-jam tapi hasilnya sama aje dengan mereka yang study hanya sejam. Apa bezanya? Belajar dengan berkualiti nilainya memang tak sama dengan mereka yang belajar tapi tiada kualiti. Nak dapat kualiti masa belajar, pastikan bahawa anda benar-benar segar dan cergas semasa studi.
Anda mengantuk, kemudian anda belajar, anda tak dapat apa-apa. Otak yang letih sukar untuk memproses segala maklumat yang dihantar kepadanya dengan berkesan. Jadi, pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi. Ingat, tidur yang sempurna juga merupakan salah satu strategi untuk anda berjaya di dalam pelajaran.NO STUDY HARD,BUT STUDY SMART!

5. Minum air kosong 
– Jadikan amalan minum air masak ni sebagai amalan harian. Makan buah selalu pun bagus. Tubuh yang kekurangan air akan lebih mudah untuk berasa letih. Letakkan sama air mineral di sebelah meja study korang, air ni selalu jadi penenang bila kita gelisah. Jadi, jadikanlah ia suatu amalan dalam hidup korang, untuk korang berasa lebih cergas, lebih sihat dalam urusan harian.Ini pun mestilah dipraktikkan di sekolah ye..:)

6. Ingat emak ayah 
– Semua orang bila ingat mak ayah dia, dia akan jadi sedar. Ingat ibu yang mengandung, ayah yang membesarkan, hati mesti jadi terusik. Tak ada seorang anak yang sanggup untuk mengabaikan impian besar ibunya. Jadi, bila nak study ni, ingatlah emak ayah. Ingat pengorbanan mereka masa kecil-kecil. Percayalah, semangat korang tak akan luntur bila  jiwa mereka sentiasa bersama korang.

sekian..terima kasih :)

5 000 Pengomen Setia :

Unknown berkata...

oh... terima kasih... kalau tip yang untuk hilangkan lupa ingatan macam saya ni... ada?

hani berkata...

Nice info. :) sy nak amek spm tahun ni. hihi

NJihe.am berkata...

Terima kasih, tip yang bagus untuk belajar. singgah sini dan follow. :)

Pak Det berkata...

bagus tips nie....
slalu juga ngantuk masa blaja...

My recent post : Jom Sertai : Projek Bloglist 2013 MQ-Network

Nur Najwa Bt Ibnu Pajar berkata...

thanks dear..memang bagus untuk semua student kan.