STATUS UPDATED!
23/06/2019 NEW LIFE NEW ADVENTURE NEW THINGS TO COME...
- Amirah Azman -

Aurat dan fesyen WANITA


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 
ASSALAMUALAIKUM

Sebagai seorang Islam kita bangga melihat semakin ramai kaum wanita memakai JILBAB atau lebih dikenali sebagai TUDUNG yang menutupi kepada mereka . 
Kewajipan memakai jilbab ini ditegaskan dalam firman Allah :
" Wahai Nabi katakanlah kepada isteri - isterimu , anak - anak perempuanmu dan isteri - isteri orang mukmin hendaklah mereka menutupi jilbab keseluruh tubuh mereka yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal , kerana itu mereka tidak diganggu . Dan Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang .
( Al- Ahzab : 59 )

Sesungguhnya memakai jilbab bukan sahaja menunjukkan dengan jelas identiti seorang wanita muslim tetapi juga mampu memelihara mereka daripada tatapan mata liar sehingga mereka tidak diganggu sekali gus memastikan kesucian mereka terpelihara .

Namun dalam keghairahan kaum wanita Islam memakai jilbab mereka juga harus memahami bahawa jilbab bukan sekadar pakaian menutup tubuh sahaja . Mereka juga harus memastikan ia benar -benar mematuhi syarat yang ditetapkan oleh Islam .
Syeikh Muhammad Nashiruddin Al - Albani dam kitabnya , Jilbab Al - Mar'ah Al - Muslimah menyebut lapan syarat Jilbab Syarie iaitu : 
  1. menutup seluruh badan , kecuali muka dan tapak tangan .
  2. bukan untuk tabbaruj ( bersolek ) yang boleh menyebabkan pandangan mata tertuju kepadanya .
  3. bahannya diperbuat daripada kain yang tebal bukannya nipis .
  4. kainnya longgar , tidak ketat dan tidak membentuk lengkuk badan .
  5. bukan memakai untuk mencari populariti , ia sesuai dengan peringatan Rasulullah melalui Sabdanya :  " barang siapa mengenakan pakaian untuk mencari populariti di dunia , Nescaya Allah akan memakainya dengan pakaian kehinaan pada hari kiamat kemudian membakarnya dengan api neraka " .
  6. tidak diberi memakai wangian seperti mana peringatan rasulullah SAW : " mana - mana wanita yang memakai wangi - wangian dan kemudian berjalan di hadapan orang ramai dan mereka menghidu baunya , maka dia adalah Penzina "
  7. tidak menyerupai pakaian lelaki .
  8. tidak menyerupai pakaian orang - orang kafir . 

Hakikatnya , mungkin ramai di antara kaum wanita muslim menganggap ia syarat yang agak berat apatah lagi kepada mereka yang ternyata sudah memakai jilbab tetapi melanggar syarat - syarat di atas . 

Sesungguhnya , jika seseorang wanita BERHASRAT MENJADI SEORANG MUSLIMAH syarat berkenaan tidaklah begitu sukar kerana dalam pelaksanaan syariat islam tidak ada perkara yang sukar sebagai mana firman Allah : " Allah menghendaki kemudahan bagimu , dan tidak menghendaki kesukaran bagimu " . ( Al - Baqarah : 185 )




    4 000 Pengomen Setia :

    Unknown berkata...

    thankz for this entry ^_^

    NJihe.am berkata...

    Assalamualaikum, singgah sini. Comelnya anak tu pakai tudung. Akak tag Eira dalam segmen ni>> http://studioous.blogspot.com/2013/01/new-year-ga-15-hadiah-menanti.html

    Unknown berkata...

    anak mama, kalau nak keluar mesti nak cari tudung... alhamdulillah baru 8 tahun dah tahu aurat dan dosa..

    Nak kongsi 1Rahsia

    -meeSUPERGIRL- berkata...

    salam .. hari neh hari last iklan awk dekat blog mee.. kalau nak lanjutkan cakap ye :)