STATUS UPDATED!
23/06/2019 NEW LIFE NEW ADVENTURE NEW THINGS TO COME...
- Amirah Azman -

A little moment : CRUSH


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
WARNING : dalam post kali ini agak mengada dan syok sendiri, mohon jangan teruskan sekiranya tidak mampu untuk menahannya..hahaha
Semua orang mesti ada someone yang disukai, kira crush dalam diam. Yess aku tak terkecuali, minatkan seseorang ni dari masuk sem pertama lagi time diploma. Mula-mula just usha-usha dari jauh tak pernah tegur pun. Walaupun satu kelas, tegur bila perlu, tegur bila ada kerja kena buat. Lagipun start sem3 baru macam nak rapat tapi tak pun, orang tu susah sikit nak rapat. Tapi ada la kenangan bergambar sekali time dinner macam tu.Sebelum tu sekadar minat gituh je takda la sungguh2 pon.


Tapi akhir-akhir hujung sem 5 ni, ada la banyak kena bekerjasama dengan si crush ni, first rapat sikit time ada talent night untuk course actuarial science ni, biasa la setiap setahun tu acara rasmi untuk course kami ni, tambah pulak sehari lepas tu ada acara sukan pulak, kebetulan rumah sukan yang sama, kemain mengeletik sis..hahahaha.

Tu baru permulaan saja la, lepastu di hujung sem tu aku ada kena handle pra-grad punya majlis makan malam gituh, disebabkan majlis ni first time aku handle and melibatkan satu fakulti, so aku perlukan orang ajar la, and ofkos si crush ni banyak pengalaman, dari situ terapat sikit demi sikit. Walaupun dia tak banyak pon tolong,,tapi ada la sikit sebab dia ajk makanan je pon. Tapi sebab majlis ni jugak aku start rapat start suka start semuanya lah.

Aku tak tahu aku syok sendiri atau apa, tapi perasaan tu macam ada. First time aku sukakan someone sampai terbawak mimpi yang banyak kali. Sekarang pun walaupon dah lama sangat habis diploma n tak jumpa dia, still termimpi walaupon tak terlintas pon nak pikir tentang dia. Dekat dia macam ada satu aura yang lain. Aku try untuk lupakan and buat bodoh ja. But still tak boleh, tapi aku tak harapkan apa-apa, mungkin dia sekadar crush.

Pengalaman bersama crush sangatlah sikit, tapi dia punya penangan tu, perghhh tak dapat lupa weyh. Setiap detik semua ingat, dah tak betul diri aku ni, sebab tu la tajuk entry ni a liitle moment about crush.

sekian untuk hari ni, please doakan semoga aku dijodohkan dengan orang yang baik-baik. Tiberrr

MATANG ikut umur?


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera




Tajuk harini agak sensitif sikit sebab sentuh tentang matang nya seseorang tu pada usia berapa?
Tapi bila difikirkan, matang tu pada usia ka? Bagi aku matang itu dari perbuatan kita, dari pemikiran kita handle sesuatu benda tu, bukan dari usia. Lagi banyak pengalaman yang kau ada, pengalaman yang kau belajar dan perbaiki, bukan sekadar pengalaman semata ya. Pemikiran matang tu terjadi bila kau dapat fikir baik buruk sesuatu tindakan (affect and effect). Persekitaran juga banyak mainkan peranan. Minda yang sihat, minda yang selalu dalam keadaan positif juga membolehkan kita untuk berfikiran dengan lebih matang sebenarnya. 


Isu ni aku bangkitkan sebab banyak orang yang lebih tua pada aku yang anggap diri mereka lebih tahu lebih makan garam. Bukan nak belagak atau kurang ajar, tapi sikap macam ni harus la dielakkan. Be open minded.  Sama-sama terima pendapat masing-masing. Pangkat and umur tak perlu dijadikan isu dalam zaman sekarang ni lagi.

Yang Tua diHormati, Yang Muda Disayangi

Dan satu lagi cara nak berfikiran matang ialah selalu keluar. Maksud aku, keluar tengok dunia luar. Merantau mencari pengalaman, merantau sebab kerja atau belajar mana-mana pon boleh. So kita boleh adapt banyak benda, banyak benda boleh belajar. Jangan takut dan jangan hadkan pemikiran tu di takuk yang sama ja lagi-lagi anak muda zaman sekarang.

Baiklah sekian entry kali ini, harap dimaafkan jika terkasar bahasa.