STATUS UPDATED!
23/06/2019 NEW LIFE NEW ADVENTURE NEW THINGS TO COME...
- Amirah Azman -

A little moment : CRUSH


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
WARNING : dalam post kali ini agak mengada dan syok sendiri, mohon jangan teruskan sekiranya tidak mampu untuk menahannya..hahaha
Semua orang mesti ada someone yang disukai, kira crush dalam diam. Yess aku tak terkecuali, minatkan seseorang ni dari masuk sem pertama lagi time diploma. Mula-mula just usha-usha dari jauh tak pernah tegur pun. Walaupun satu kelas, tegur bila perlu, tegur bila ada kerja kena buat. Lagipun start sem3 baru macam nak rapat tapi tak pun, orang tu susah sikit nak rapat. Tapi ada la kenangan bergambar sekali time dinner macam tu.Sebelum tu sekadar minat gituh je takda la sungguh2 pon.


Tapi akhir-akhir hujung sem 5 ni, ada la banyak kena bekerjasama dengan si crush ni, first rapat sikit time ada talent night untuk course actuarial science ni, biasa la setiap setahun tu acara rasmi untuk course kami ni, tambah pulak sehari lepas tu ada acara sukan pulak, kebetulan rumah sukan yang sama, kemain mengeletik sis..hahahaha.

Tu baru permulaan saja la, lepastu di hujung sem tu aku ada kena handle pra-grad punya majlis makan malam gituh, disebabkan majlis ni first time aku handle and melibatkan satu fakulti, so aku perlukan orang ajar la, and ofkos si crush ni banyak pengalaman, dari situ terapat sikit demi sikit. Walaupun dia tak banyak pon tolong,,tapi ada la sikit sebab dia ajk makanan je pon. Tapi sebab majlis ni jugak aku start rapat start suka start semuanya lah.

Aku tak tahu aku syok sendiri atau apa, tapi perasaan tu macam ada. First time aku sukakan someone sampai terbawak mimpi yang banyak kali. Sekarang pun walaupon dah lama sangat habis diploma n tak jumpa dia, still termimpi walaupon tak terlintas pon nak pikir tentang dia. Dekat dia macam ada satu aura yang lain. Aku try untuk lupakan and buat bodoh ja. But still tak boleh, tapi aku tak harapkan apa-apa, mungkin dia sekadar crush.

Pengalaman bersama crush sangatlah sikit, tapi dia punya penangan tu, perghhh tak dapat lupa weyh. Setiap detik semua ingat, dah tak betul diri aku ni, sebab tu la tajuk entry ni a liitle moment about crush.

sekian untuk hari ni, please doakan semoga aku dijodohkan dengan orang yang baik-baik. Tiberrr