STATUS UPDATED!
23/06/2019 NEW LIFE NEW ADVENTURE NEW THINGS TO COME...
- Amirah Azman -

A little moment : CRUSH


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
WARNING : dalam post kali ini agak mengada dan syok sendiri, mohon jangan teruskan sekiranya tidak mampu untuk menahannya..hahaha
Semua orang mesti ada someone yang disukai, kira crush dalam diam. Yess aku tak terkecuali, minatkan seseorang ni dari masuk sem pertama lagi time diploma. Mula-mula just usha-usha dari jauh tak pernah tegur pun. Walaupun satu kelas, tegur bila perlu, tegur bila ada kerja kena buat. Lagipun start sem3 baru macam nak rapat tapi tak pun, orang tu susah sikit nak rapat. Tapi ada la kenangan bergambar sekali time dinner macam tu.Sebelum tu sekadar minat gituh je takda la sungguh2 pon.


Tapi akhir-akhir hujung sem 5 ni, ada la banyak kena bekerjasama dengan si crush ni, first rapat sikit time ada talent night untuk course actuarial science ni, biasa la setiap setahun tu acara rasmi untuk course kami ni, tambah pulak sehari lepas tu ada acara sukan pulak, kebetulan rumah sukan yang sama, kemain mengeletik sis..hahahaha.

Tu baru permulaan saja la, lepastu di hujung sem tu aku ada kena handle pra-grad punya majlis makan malam gituh, disebabkan majlis ni first time aku handle and melibatkan satu fakulti, so aku perlukan orang ajar la, and ofkos si crush ni banyak pengalaman, dari situ terapat sikit demi sikit. Walaupun dia tak banyak pon tolong,,tapi ada la sikit sebab dia ajk makanan je pon. Tapi sebab majlis ni jugak aku start rapat start suka start semuanya lah.

Aku tak tahu aku syok sendiri atau apa, tapi perasaan tu macam ada. First time aku sukakan someone sampai terbawak mimpi yang banyak kali. Sekarang pun walaupon dah lama sangat habis diploma n tak jumpa dia, still termimpi walaupon tak terlintas pon nak pikir tentang dia. Dekat dia macam ada satu aura yang lain. Aku try untuk lupakan and buat bodoh ja. But still tak boleh, tapi aku tak harapkan apa-apa, mungkin dia sekadar crush.

Pengalaman bersama crush sangatlah sikit, tapi dia punya penangan tu, perghhh tak dapat lupa weyh. Setiap detik semua ingat, dah tak betul diri aku ni, sebab tu la tajuk entry ni a liitle moment about crush.

sekian untuk hari ni, please doakan semoga aku dijodohkan dengan orang yang baik-baik. Tiberrr

MATANG ikut umur?


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera




Tajuk harini agak sensitif sikit sebab sentuh tentang matang nya seseorang tu pada usia berapa?
Tapi bila difikirkan, matang tu pada usia ka? Bagi aku matang itu dari perbuatan kita, dari pemikiran kita handle sesuatu benda tu, bukan dari usia. Lagi banyak pengalaman yang kau ada, pengalaman yang kau belajar dan perbaiki, bukan sekadar pengalaman semata ya. Pemikiran matang tu terjadi bila kau dapat fikir baik buruk sesuatu tindakan (affect and effect). Persekitaran juga banyak mainkan peranan. Minda yang sihat, minda yang selalu dalam keadaan positif juga membolehkan kita untuk berfikiran dengan lebih matang sebenarnya. 


Isu ni aku bangkitkan sebab banyak orang yang lebih tua pada aku yang anggap diri mereka lebih tahu lebih makan garam. Bukan nak belagak atau kurang ajar, tapi sikap macam ni harus la dielakkan. Be open minded.  Sama-sama terima pendapat masing-masing. Pangkat and umur tak perlu dijadikan isu dalam zaman sekarang ni lagi.

Yang Tua diHormati, Yang Muda Disayangi

Dan satu lagi cara nak berfikiran matang ialah selalu keluar. Maksud aku, keluar tengok dunia luar. Merantau mencari pengalaman, merantau sebab kerja atau belajar mana-mana pon boleh. So kita boleh adapt banyak benda, banyak benda boleh belajar. Jangan takut dan jangan hadkan pemikiran tu di takuk yang sama ja lagi-lagi anak muda zaman sekarang.

Baiklah sekian entry kali ini, harap dimaafkan jika terkasar bahasa.

Tiada Jodoh


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

It almost 6 years aku dan ex bersama ya, tapi tiada jodoh. Ya mula-mula tu susah sangat nak lupakan all the things selama 6 tahun tu. Tapi its worth it bila dapat lupakan semua tu and keep looking forward. Rasa fresh sangat bebas and independent lebih la. It almost one and half years already benda ni dah jadi. No more cinta monyet no more main-main lepas ni,fokus untuk kerjaya and family dulu. Ya aku masih muda so enjoy dulu life ni, ada rezeki ada jodoh, Insya Allah.

So girls out there, jangan takut untuk lepaskan orang yang bukan untuk kita, jangan gadaikan diri kalau cinta bertepuk sebelah tangan ni, cliche tapi penting ya. Apatah lagi dah masuk bab kahwin semua ni its very serius issue ya. 'Kita boleh pilih pasangan kita, tapi anak-anak kita tak boleh pilih siapa mak atau ayah dia.' Fikir-fikirkan.


TIPS 'MOVE ON'
  1. Sibukkan diri.
  2. Berkongsi cerita and minta nasihat dengan kawan atau family yg boleh dipercayai.
  3. Pergi merantau,holiday.
  4. Padam dan buang segala gambar atau barang yang ada berkaitan dengan ex.
  5. Cuba untuk maafkan dia if dia buat silap supaya kita pun tenang.
  6. JANGAN cari someone untuk lupakan ex, jgn mainkan perasaan orang
  7. anything else?

Sekian kisah hari ini.

Find the RIGHT PERSON. #FRIEND


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

sebelum ni aku ada buat kisah tentang partner, if terlepas boleh tekan sini.


Kawan biar beribu, bercinta biar satu.

Tapi kalau kau berkawan biar berpada-pada. Kita boleh berkawan dengan ramai orang, tapi yang rapat tu sikit sangat. Right now, aku tak rasa nak ramai kawan pun, aku just perlu kawan yang benar-benar ada dengan aku ja susah senang.Dah besar ni masing-masing dah sibuk dengan kerjaya dan pelajaran masing-masing, tak sempat pun nak buat kawan. Sekadar kawan sekerja dan kawan belajar tu benda biasa la kan.

Sometime kita memang perlukan kawan sebab nak luahkan perasaan atau nak minta cadangan selain your family la. Need someone yang tahu tentang kita dan ada untuk kita jgk. but please find the right ones yang betul-betul yang kau boleh percaya. Sebab dah banyak kes kawan tikam kawan ni.

STOP!

Berhenti fikir kalau kau tak ramai kawan ni kau tak hebat, kau tak macam orang lain dan kau ni ketinggalan. If kawan kau beribu tapi yang dapat tolong kau tu sorang dua ja buat apa, tu nasib baik ada nak tolong, kalau tak ada langsung. What you feel? sakit weyh, sakit sangat.

Cerita tentang sosial media sekarang ni, jangan la cepat terasa hati sangat. Kau nampak kawan kau dengan yang lain kemain happy lagi, tak perlu la nak jeles yang bukan-bukan. If benda tu tak ada beri impak pun,tak ada negatif things effect to you, tak payah nak kalut tak payah nak sibuk kot. Just chill. You have your own ways. Always keep your mind in Positive thinking, tak sihat la asyik syak wasangka ja.

p/s : berkongsi cerita berdasarkan pengalaman, jika tersalah harap dimaafkan.


Find the RIGHT PERSON. #PARTNER


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


Dalam erti jodoh, memang telah tertulis siapa jodoh kita siapa suami atau isteri kita.

Tapi sebelum berjumpa jodoh tu, mesti macam-macam perangai yang kita dah jumpa, macam-macam jenis manusia yang kita dah jumpa. Ada orang dah bertemu jodoh diusia yang awal, ada yang dah dekat 40 an baru bertemu. Yang dah berkahwin bercerai pulak, dan lepas tu baru jumpa jodoh yang sebenar, macam-macam kan.

Find the right ones to you. Sebab kau yang nak hidup sampai mati dengan dia. Biar lambat dan jangan di ikutkan kawan yang lain sebab semua dah ada partner. If you are ready, just go for it. Jangan kecewakan hati orang kalau tak mampu nak sayang dia. anddd jangan lupa jugak kalau nak ada pasangan tu, pasang niat untuk jadikan dia suami/isteri kau nanti, bukan sekadar suka-suka dan tempat hilangkan bosan.

PERNAH DIKECEWAKAN / DITINGGALKAN ?

Kau dah alami sejarah hitam, tapi sampai bila nak duduk dekat situ. Sampai bila kau nak fikir kisah lama. Just move on, move forward. Masih ramai lagi yang nakkan kau. Kau je yang dah kuburkan diri tu untuk orang yang dah pijak kau,buang kau tu. 

Try untuk keluar dari your comfort zone, merantau lihat dunia luar, mungkin sedikit sebanyak boleh bantu untuk move on. Try a new experience, but this time in the right ways. Jangan fikir sangat takut tak da siapa nak kau, ada ja sabar ja okay. Jodoh ni semua rahsia Allah. BE POSITIVE.


P/S : Semua yang ditulis atas dasar pengalaman aku sendiri. Yang salah harap dimaafkan.

Sampai Sini Dahulu


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Selesai sudah pengajian Mira untuk Diploma in Actuarial Science pada awal bulan Januari tahun ini 2019.Insya Allah pada bulan October macam tu akan berlangsungnya Konvo la macam biasa. Untuk pengetahuan Mira ambil keputusan tak sambung Ijazah buat masa sekarang, masih menunggu panggilan kerja. Ada rezeki ada lah tu.


Setiap orang ada keputusannya , apa nak dibuat apa yang nak dirancang. So memang Mira dah pikir panjang sampai sini dahulu dan fokus untuk kerjaya. Fokus kumpul duit dan selesaikan hutang belajar dan tolong mak abah.

Tipu la kata tak jeles dengan kawan yang lain, tapi tak apa rezeki masing-masing kan. Allah dah atur apa yang terbaik untuk diri kita. Kita ja sebagai umatnya pandai bersyukur atau tak ja. So for now, Mira sangat bersyukur sebab dikurniakan mak ayah yang terima keputusan Mira ni untuk hold dulu sambung Degree.

Itu saja kot nak diceritakan dalam entry kali ni, just sebagai peringatan kepada yang lain, selagi minat belajar, sambung lah belajar ya, jangan bazirkan masa tu. Nak hidup sekarang ni susah ya.

Sekian.

RANDOM


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Disebabkan tajuknya adalah random, so ini post memang random ja apa yg terlintas, tak tahu nak tulis apa nak tulis apa dah dekat blog, hanya mampu trowback post post lama, terhibur hati apa la aku pernah post zaman dulu-dulu tu semua.

Blog ni pun tak tahu nak cerita tentang apa dah, kisahnya nak buat macam pengalaman hidup, cerita tentang bercuti n lain lain, tapi disebabkan tak konsisten dan malas tu lebih menguasai, jadilah blog random dari aku.

Hopefully aku akan kembali rajin berblogging, nak tukar template yg dah 3 tahun tak tukar, fuhhhh..kena asah balik skill skill adobe semua ni balik. Rindu sebenarnya nak berblogging, tapi tak tahu apa yg menarik dah nak diupdated.

Sekian cerita random untuk post kalini.