STATUS UPDATED!
01/05/2017 segmen dah bermula dan selamat bercuti..:)
- Amirah Azman -
DASHBOARD ABOUT ME TUTORIAL FREEBIES CERITA TIP-TIP

Petua Memujuk Teman Lelaki Yang Merajuk


Assalammualaikum dan salam sejahtera
just want to share to all readers about this..hope you guys  enjoysss...OME!!
ahahha...credit to penpatah

http://kawanr.com/file/pic/photo/2013/01/1e3574a91d788afb3cc90d3ee9cc9635_1024.jpg


Mengapakah si dia merajuk?
Pada kebiasaannya, lelaki merajuk disebabkan berlakunya perselisihan faham di antara dia dengan pasangannya.
Perselisihan faham ini menyebabkan si dia tidak berpuas hati dan dia mengambil keputusan untuk membawa diri (merajuk) dan mendiamkan diri dengan tidak membalas mesej atau mengangkat call.
Apabila perkara ini berlaku, pasangannya akan berasa bingung dan pelik kenapa si dia perlu merajuk? Masalah yang berlaku bukan suatu isu yang besar dan tidak perlu merajuk sampai sebegitu rupa. Dan pasangannya akan terus cuba menghubungi si dia dan bertanyakan pelbagai soalan bagi menyelami perasaannya. Ini menyebabkan si dia akan semakin mendiamkan diri dan pergi semakin jauh.
Jadi, bagaimanakah caranya untuk memujuk si dia?

Terdapat 4 tips yang dapat anda gunakan bagi memujuk lelaki yang merajuk. Mudah-mudahan apa yang kami kongsikan di sini dapat membantu anda dalam memulihkan keadaan dan dapat memujuk si dia yang sedang mendiamkan diri itu.

1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian
Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.

2. Sentiasa memberikan si dia sokongan
Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.

3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya
Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.

4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda
Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan melayari Forum Tentang Cinta, membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.

REVIEW IKLAN : T-shirt Mudah Terengganu



Assalammualaikum dan salam sejahtera

T-shirt Mudah Terengganu
tekan banner untuk terus ke blog

ANDA MAHUKAN BAJU CETAKAN YANG MURAH DAN DI DESIGNKAN SENDIRI
disini T-SHIRT MUDAH TERENGGANU menyediakan khidmat tersebut untuk anda merealisasikan impian anda mempunyai baju t-shirt ciptaan anda sendiri..T-SHIRT MUDAH TERENGGANU juga mempunyai ciptaan desiagn yang telah mereka cipta dan juga hasil rekaan para customer mereka yang dapat juga anda semua mencari idea deisgn t-shirt anda nanti..dibawah ini adalah contoh designnya:

http://www.tshirtmudahterengganu.com/

T-SHIRT MUDAH TERENGGANU juga menyediakan mug printing 
anda boleh merealisasikan hari bahagia anda di mug sebagai perhiasan dan pelbagai lagi..



anda berminat sila pergi ke laman ini
http://www.tshirtmudahterengganu.com/

Video comel anak TOMOK merajuk dengan ayahnya



Assalammualaikum dan salam sejahtera

short entry

sejak kebelakangan ini mira asyik share video je kan;;bukan apa..syok la video ni..mira pon nak relax-relax sikit..sikit je okey..tapi mood exam masih ada ok..minggu depan sambung lagi la..hope mira dapat buat yang terbaik la..amin..

http://media.shahalamkini.com/wp-content/uploads/2013/03/5fdbImage_2-290x160.jpg

mira ada tengok-tengok youtube dan dapat satu video tomok yang diletakkan di keek dia..tapi ada orang download kan di youtube..comel giler tengok anak tomok nie merajuk..tembam giler pipi dan mata besar giler..jeless betoll...hihi..layan ok..:)


GANGNAM style versi PAPER (style habis)



Assalammualaikum dan salam sejahtera
alhamdulillah baru habis jawab soalan bahasa melayu dan inggeris kertas satu dan dua..esok subjek agama..oh my..walaupun memang boleh skor tapi kali ini ustazah tak bagi tajuk..pening juga kepala nak pikir..pening nak pikir online jap dan terjumpa satu video ohsem ini..video nie rasanya dah lama tapi baru hari ini mira dapat tengok..entah la kenapa baru hari ini..(jangan tanya..haha)..mira just nak share sesiapa yang tak tengok lagi je..yang dah tengok nak tengok sekali lagi pon boleh..hihi..
just layan ini video mira tak updated panjang-panjang untuk kali ini..layannn


Semua TEMPAHAN diBUKA !!


Assalammualaikum dan salam sejahtera

 http://4.bp.blogspot.com/_SewtuHdgDkY/TBFwSWaLUkI/AAAAAAAAAPo/uLcLs3D7BGw/s1600/announcement.jpg

alhamdulillah entry kali ini mira nak promote sedikit hasil kerja mira yang mira buat tempahan untuk sesiapa yang berminat..setelah sekian lama mira tutup tempahan dan kini mira buka untuk tempahan lain dari edit blog kerana nak edit blog lambat sikit dan perlu masa yang banyak..so..mira ambil tempahan yang mudah-mudah dahulu..antara tempahan yang mira sedang buka ialah

  1. DOODLE
  2. HEADER
  3. ANIMATED BANNER
PERGI KE PAGE INI UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN
http://eira-shamiera.blogspot.com/p/tempahan.html

Mira juga ada buka untuk TAPAK IKLAN seperti yang terbentang diatas (dibawah banner)..masih kosong 4 tapak iklan..lagi dua tu mira just promote GA je..so kiranya empat la..ada orang nak sewa mira remove la banner GA tu..Siapa berminat nak Tempah Tapak Iklan tekan page dibawah
> http://eira-shamiera.blogspot.com/p/ruangan-iklan-untuk-disewa.html

harap mira dapat membantu sedikit sebanyak blogger-blogger baharu ataupun mempromote blog korang..doakan mira untuk ujian pertengahan tahun kali ini ye..wasalammm


LUKISAN GEMPAK LAGI MENARIK (maker vs marker)



Assalammualaikum dan salam sejahtera
http://photo-bugs.com/wp-content/uploads/2011/11/Baby-Girl.jpg
short entry
hari nie nak updated tentang satu video gempak yang mira baru je tengok..giler cool dia lukis sampai lawan dengan lukisan dia sendiri..ohsem tul..memang berseni ar siapa yang reka nie..mira tak ley nak updated panjang-panjang sebab masa tak berapa nak ada..harap korang enjoy..:)

Hama Beads (monster pacman)



Assalammualaikum dan salam sejahtera

Mahukan 30 t-shirt RUNNING MAN kegemaran ramai?? mari sertai GA dibawah
> http://eira-shamiera.blogspot.com/2013/05/simple-giveaway-by-nina-dan-hani.html


berbunyinya motor posmen menghantar surat..tapi kali ini dia menghantar bungkusan yang telah dinanti-nati oleh mira..seronok gila bila dapat bungkusan tu..tak sabar-sabar nak tengok tempahan yang mira buat  haritu..korang nak tahu mira beli apa?? tengok gambar bawahhh
nie adalah gambar dari owner yang jual..mira ambil sahaja..malas nak tangkap gambar tapi memang comel kann..mira beli murah sangat..harga sangat berpatutan..mira beli 7 jenis keychain..dia ikut suka nak letak keychain or tali gantung telefon tu..tapi mira nak kasi dekat kawan kann:)

kalau korang pon berminat..contact la owner untuk buat tempahan
atas 5 tempahan dapat free postage tahu..hihi
> https://www.facebook.com/lilly.lolly2

Menjelang PILIHAN RAYA (LAGU PARODI)


Assalammualaikum dan salam sejahtera
sebelum mira nak cerita untuk entry kali ini..jom join satu Mini Giveaway ini
30 t-shirt RUNNING MAN kegilaan ramai ditawarkan
 > http://eira-shamiera.blogspot.com/2013/05/simple-giveaway-by-nina-dan-hani.html

okey..disebabkan pilihan raya pun dah dekat dan mira masih belom cukup umur nak cakap banyak tentang hal tu..mira just nak kongsi satu lagu yang agak menarik juga sempena pilihan raya ini..ia diPARODIkan oleh MR.B..MR.B juga banyak buat parodi kearah ISLAMIK..suara pon boleh tahann #meltinggg..okey..tanpa membuang masa..layan lagu bawah ini..jangan lupa tinggalkan komen dan pendapat anda..:)





VIDEO : Gabungan Gwiyomi Blogger Kacak + Comel Malaysia



Assalammualaikum dan salam sejahtera

http://cdn.wanista.com/wp-content/uploads/2013/04/giyomi.jpg
harini nak updated entry dari EMAS PUTIH dan tajuknye agak menarik
tentang gwiyomi tu..blogger-blogger terkenal yang sudi membuat gwiyomi ada dicampurkan dalam satu video ni..dan comel je tengok..korang layan dulu
Blogger Yang Terlibat

enjoyyy..:)