STATUS UPDATED!
04/07/2016 terima kasih kepada yang masih sudi menyinggah dan membaca blog Mira ni..budi dan jasa anda tidak mampu Mira balas dengan kata-kata..ecewahhh..:)
- Amirah Azman -
DASHBOARD ABOUT ME TUTORIAL FREEBIES CERITA TIP-TIP

Aurat dan fesyen WANITA


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 
ASSALAMUALAIKUM

Sebagai seorang Islam kita bangga melihat semakin ramai kaum wanita memakai JILBAB atau lebih dikenali sebagai TUDUNG yang menutupi kepada mereka . 
Kewajipan memakai jilbab ini ditegaskan dalam firman Allah :
" Wahai Nabi katakanlah kepada isteri - isterimu , anak - anak perempuanmu dan isteri - isteri orang mukmin hendaklah mereka menutupi jilbab keseluruh tubuh mereka yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal , kerana itu mereka tidak diganggu . Dan Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang .
( Al- Ahzab : 59 )

Sesungguhnya memakai jilbab bukan sahaja menunjukkan dengan jelas identiti seorang wanita muslim tetapi juga mampu memelihara mereka daripada tatapan mata liar sehingga mereka tidak diganggu sekali gus memastikan kesucian mereka terpelihara .

Namun dalam keghairahan kaum wanita Islam memakai jilbab mereka juga harus memahami bahawa jilbab bukan sekadar pakaian menutup tubuh sahaja . Mereka juga harus memastikan ia benar -benar mematuhi syarat yang ditetapkan oleh Islam .
Syeikh Muhammad Nashiruddin Al - Albani dam kitabnya , Jilbab Al - Mar'ah Al - Muslimah menyebut lapan syarat Jilbab Syarie iaitu : 
  1. menutup seluruh badan , kecuali muka dan tapak tangan .
  2. bukan untuk tabbaruj ( bersolek ) yang boleh menyebabkan pandangan mata tertuju kepadanya .
  3. bahannya diperbuat daripada kain yang tebal bukannya nipis .
  4. kainnya longgar , tidak ketat dan tidak membentuk lengkuk badan .
  5. bukan memakai untuk mencari populariti , ia sesuai dengan peringatan Rasulullah melalui Sabdanya :  " barang siapa mengenakan pakaian untuk mencari populariti di dunia , Nescaya Allah akan memakainya dengan pakaian kehinaan pada hari kiamat kemudian membakarnya dengan api neraka " .
  6. tidak diberi memakai wangian seperti mana peringatan rasulullah SAW : " mana - mana wanita yang memakai wangi - wangian dan kemudian berjalan di hadapan orang ramai dan mereka menghidu baunya , maka dia adalah Penzina "
  7. tidak menyerupai pakaian lelaki .
  8. tidak menyerupai pakaian orang - orang kafir . 

Hakikatnya , mungkin ramai di antara kaum wanita muslim menganggap ia syarat yang agak berat apatah lagi kepada mereka yang ternyata sudah memakai jilbab tetapi melanggar syarat - syarat di atas . 

Sesungguhnya , jika seseorang wanita BERHASRAT MENJADI SEORANG MUSLIMAH syarat berkenaan tidaklah begitu sukar kerana dalam pelaksanaan syariat islam tidak ada perkara yang sukar sebagai mana firman Allah : " Allah menghendaki kemudahan bagimu , dan tidak menghendaki kesukaran bagimu " . ( Al - Baqarah : 185 )




    Kisah kubur lain - lain


    سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
    ASSALAMUALAIKUM dan Salam sejahtera


    “ AKU TAK PAKAI TUDUNG & TAK TUTUP AURAT ! ! !
    SUKA HATI AKU LA ! ! ! MENYIBUK JE HAL ORANG ! ! !
    APA MASALAH KAU ? ? ? KUBUR LAIN - LAIN OKEY ! ! ! “

    ----> Kau Nak Aku JAWAB ? ? ?
    ----> Memang Banyak MASALAH Aku DENGAN Kau ! ! !

    ♥ AURAT kau penambah DOSA orang LAIN ! ! !
    Itu MASALAH ! ! !
    ♥ CARA PEMAKAIAN kau jadi IKUTAN orang LAIN ! ! !
    Itu MASALAH ! ! !
    ♥ DIRI kau MEMBERI CONTOH TIDAK baik TENTANG ISLAM ! ! !
    Itu MASALAH ! ! !
    ♥ SEBAGAI seorang ISLAM, aku SAYANG kau ! ! ! Itu MASALAH ! ! !

    Aku Dah JAWAB, So sekarang JANGAN ingat kau HOT sangat dekat BUMI ALLAH SWT nie, Sesungguhnya NERAKA ALLAH SWT itu lagi HOT ! ! ! !



    ~~ INGATAN BUAT DIRI SENDIRI JUGA ~~
    credit:akak Farah

    Tip Tahan Mengantuk masa BELAJAR



     

    1. Tanam objektif yang jelas dalam belajar 
    pasangkan betul-betul niat, untuk apa korang belajar, kenapa pula korang study. Bila semua ini korang telah mampu jawab dengan jelas, jerit kuat-kuat dalam hati. Katakan dalam minda korang bahawa korang mesti belajar untuk menggapai matlamat korang itu. Tak ada orang malas yang boleh berjaya. Matlamat yang benar-benar jelas akan membawa seseorang itu ke suatu tahap yang tidak pernah dijangka-jangka dan mampu menewaskan apa pun halangan yang ada di hadapannya. Mengantuk, bosan dan sebagainya bukanlah masalah.

    2. Lakukanlah dengan minat 
     – Setiap kerja yang kita lakukan, mesti bersama minat. Nasihat Mira, lakukanlah juga study ini dengan minat, mesti tak ngantuk punya. Macamana nak minat? Mana ada orang hobinya study? Ya, sebut aje study, semua orang jadi malas. Jadi, lakukanlah perubahan pada persekitaran korang supaya korang jadi minat. Tulis kata-kata semangat di dinding. Buat nota cantik-cantik. Warnakan point-point penting. Buatlah apa sahaja, asalkan anda jadi lebih semangat untuk belajar.

    3. Belajar dalam jangka waktu yang pendek 
     – Belajar dalam jangka waktu yang pendek. Ini penting. Lepas sejam seeloknya, berhenti sekejap. Kalau rasa 30 minit dah rasa penat pun tak apa, berhenti sejenak. Buatlah apa-apa hobi korang. Baca novel-novel, komik-komik, main game pun tak apa, asal korang mendapat semula semangat study korang. Buat macam ni selalu, dan korang akan rasa korang tak akan jemu untuk menelaah buku-buku pelajaran anda. Percayalah!

    4. Dapatkan tidur yang cukup 
    Perkara ni nampak macam remeh. Tapi ramai yang terlepas pandang. Tak guna study berjam-jam tapi hasilnya sama aje dengan mereka yang study hanya sejam. Apa bezanya? Belajar dengan berkualiti nilainya memang tak sama dengan mereka yang belajar tapi tiada kualiti. Nak dapat kualiti masa belajar, pastikan bahawa anda benar-benar segar dan cergas semasa studi.
    Anda mengantuk, kemudian anda belajar, anda tak dapat apa-apa. Otak yang letih sukar untuk memproses segala maklumat yang dihantar kepadanya dengan berkesan. Jadi, pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi. Ingat, tidur yang sempurna juga merupakan salah satu strategi untuk anda berjaya di dalam pelajaran.NO STUDY HARD,BUT STUDY SMART!

    5. Minum air kosong 
    – Jadikan amalan minum air masak ni sebagai amalan harian. Makan buah selalu pun bagus. Tubuh yang kekurangan air akan lebih mudah untuk berasa letih. Letakkan sama air mineral di sebelah meja study korang, air ni selalu jadi penenang bila kita gelisah. Jadi, jadikanlah ia suatu amalan dalam hidup korang, untuk korang berasa lebih cergas, lebih sihat dalam urusan harian.Ini pun mestilah dipraktikkan di sekolah ye..:)

    6. Ingat emak ayah 
    – Semua orang bila ingat mak ayah dia, dia akan jadi sedar. Ingat ibu yang mengandung, ayah yang membesarkan, hati mesti jadi terusik. Tak ada seorang anak yang sanggup untuk mengabaikan impian besar ibunya. Jadi, bila nak study ni, ingatlah emak ayah. Ingat pengorbanan mereka masa kecil-kecil. Percayalah, semangat korang tak akan luntur bila  jiwa mereka sentiasa bersama korang.

    sekian..terima kasih :)

    Widget Yang Mesti ada di Blog!


    Assalammualaikum dan salam sejahtera untuk semua
    hari ini Mira just nak kongsikan perkara yang Mesti untuk seorang blogger itu meletakkan widget-widget yang penting seperti yang tersenarai dibawah ini dan perlu blogger semua buat.

    WIDGET FOLLOWER
    - widget yang sangat wajib untuk diletakkan di semua blog..bukannya widget follower yang ada button bear-bear,kaler-kaler dll tu..tapi yang dibawah ini..bukan yang lain..sebab kalau korang letak yang button cute-cute korang tu..nanti follower payah nak tahu dan kadang kala membuatkan ramai blogger malas nak follow BLOG TU..termasuk Mira sendiri.NOTED!!

    SHOUTBOX/CBOX
    - widget ini sangat lah penting lagi-lagi korang yang baru dalam blogger ini..sebabnya mesti yang selalu bw dan ingikan follow back bukan..so..ini sangat penting untuk follower lain tinggalkan jejak depa tu..korang boleh dapatkan tutorial shoutbox/cbox di blogger Lysaa ataupun seacrh je google okey.

    BLOG ARCHIVE
    - okey..yang ini sebenarnya memudahkan pengunjung untuk menelaah entry-entry korang yang lepas-lepas..takkan nak menyusahkan pengunjung tu nak tekan old entry/catatan lama sajakan.Patikan pengunjung berpuas hati dengan blog korang okey.

    KOTAK KOMEN
    - kotak komen pastikan yang boleh dikomen dan tiada word verification seperti gambar dibawah kerana ini yang menganggu pengunjung untuk memberi komen kepada entry korang.
    (google image)
    LINK BLOG
    - diantara korang perasan atau tidak,perkara yang menjejaskan blog korang kekurangan follower adalah seperti di blogger profil korang tidak meletakkan link blog korang.Mira nak terangkan agak payah,tapi pastikan korang betul-betul telah meletakkan url blog korang di edit blogger profil itu ek.


    Peringatan
    jika korang nak tutorial macam mana nak ubah blog korang tu bagi elok dan memastikan semua widget ada tersedia ,korang cari sahaja di blog Lysaa atau pon search je google okey..kalau Mira nak buat tutorial rasanya tak sempat kot..Sekian :)     

    Wanita yang TIDAK MENUTUP AURAT selalu menggunakan alasan ini..


    Assalammualaikum dan salam sejahtera
    Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana memberi peluang untuk Mira berkongsi maklumat hari ini kepada semua para blogger dan pembaca sekalian..hari ini entry mengenai AGAMA ISLAM yang ingin Mira kongsikan pada tahun baru ini kepada semua..insha allah dengan perkongsian ini dapat membuka minda kepada yang belum menutup aurat dengan SEMPURNA untuk bertaubat dengan segera..:)


    https://lh5.googleusercontent.com/-0xMKJ27053M/UCiKUZG37RI/AAAAAAAAAGE/shhtTQSfOqw/muslimah%2Bcartoon%2Bcopy.jpg
    (image credit to google)


    Ustaz Ramli Joned:

    Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan wanita anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka:-

    1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
    -Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

    2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
    -Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

    3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
    -Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

    4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
    -Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

    5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
    -Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

    6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
    -Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

    7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
    -Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

    8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
    -Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

    9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
    -Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

    10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
    -Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

    11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
    -Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

    12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
    -Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

    13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
    -Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

    # Bertindaklah sekarang.Jangan beralasan lagi untuk menidakkan hukum Allah!

    SUNNAH NABI : Cara memotong kuku dan masa afdal


    Assalammualaikum dan salam sejahtera
    Alhamdulillah masih diberi nafas untuk Mira mengupdated entry untuk kali ini,kali ini Mira nak kongsikan sedikit SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W yang mengenai cara memotong kuku..mungkin ramai yang sudah tahu dan mungkin ada lagi yang tidak tahu..tapi Mira akan tetap share juga untuk pengetahuan semua..:)
    Cara memotong kuku jari tangan:

    Mula dari jari telunjuk yang kanan terus melingkar ke arah kanan sampai kelingking yang kanan, terus disambung dari kelingking kiri kembali ke ibu jarikiri dan berakhir di ibu jari kanan.

    Cara memotong kuku jari kaki:

    Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

    Waktu memotong kuku:

    Diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang ertinya:
    Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam. (Hadis riwayat Muslim)

    Diriwayatkan oleh Abu Sa‘id al-Khudri dan Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhuma yang bermaksud:
    “Bersabda Rasululloh Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Siapa saja yang mandi pada hari Jum‘at, memotong kuku, berwangian (memakai wangi2an) jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik kemudian keluar rumah sehingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi (menerobos masuk) orang-orang yang telah bersaf, kemudian dia mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata sehingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa di antara Jum‘at itu dan Jum‘at sebelumnya.”(Hadis riwayat Ahmad)

    Kesimpulan? Potong hari Jumaat, dan jangan simpan lebih dari 40 hari.

    Memotong Kuku Ketika Haid, Nifas Dan Junub

    Menurut kitab Al-Ihya’, jika seseorang itu dalam keadaan junub atau berhadas besar, jangan dia memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub. Kerana segala potongan itu di akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan junub.

    okey..sampai disitu sahaja untuk Sunnah Nabi kali ini..Insha allah..hari yang akan datang Mira akan kongsikan lagi..As'salam..:)